Followers

Monday, July 08, 2019

PEMBANGKANG TERUS MENGHASUT, KERAJAAN PH TERUS MABUK INKLUSIF!

1. Semakin hari penyokong Pakatan Harapan (PH) terus dilanda kerisauan, kerana pihak pembangkang khususnya dua parti; parti Totok dan parti Lebai terus menggunakan segala kesempatan dan peluang yang ada untuk menghasut rakyat khususnya orang Melayu di luar bandar membenci kerajaan PH dengan mencipta persepsi negatif yang tidak berasas. Dakwaan yang tidak berasas diulang-ulang berkali-kali di mana-mana sahaja sekarang, baik di padang, dalam dewan mahupun dalam masjid-masjid dan surau-surau melalui ceramah-ceramah politik dan kuliah-kuliah agama termasuk khutbah Jumaat.

2. Kalau di zaman pemerintahan Umno/Bn dahulu, pemimpin-pemimpin politik pembangkang tidak dibenarkan memberi kuliah, malah masuk ke masjid untuk memberi sumbangan pun, kecoh, apatah lagi berceramah mengkritik kerajaan Umno/Bn. 

3. Sebaliknya hari ini, di zaman pemerintahan PH, para pemimpin pembangkang (ahli parlimen dan adun) bebas berkuliah dalam masjid dan surau terutama di Kelantan, Trengganu, Pahang dan beberapa tempat di negeri-negeri lain. Zaman di mana pemimpin parti Totok dan Lebai kata, sebagai zaman "Islam dan Melayu kian terancam!', mereka bebas menghasut!

4.  Semua ini kini kian membentuk pandangan umum yang semakin kritikal kepada kerajaan PH yang cuba membawa perubahan positif dan berusaha keras mencuci segala najis 'Cash Is King'. Malah hasil gelombang negatif yang dicipta pembangkang ini, disambut pula oleh reaksi negatif yang dapat dilihat dan dikesan dari 'deep state' yang mula bergerak dan mengancam kerajaan PH dari dalam.

5. Apakah para pemimpin PH dan kabinet PH tidak tahu hal ini? Adalah diyakini mereka sedar dan tahu  tetapi sehingga kini sikap 'konon' kudus dan inklusif yang tidak bertempat, sedang membuai keempukan mereka di pejabat-pejabat berhawa dingin, di tempat masing-masing! Mereka berlagak smart konon persepsi negatif yang sedang diukir oleh pembangkang totok dan lebai secara meluas ini, mereka mampu selesaikan semudah 'sekali jari dipetik' sahaja! Hah!

6. Sudah begitu banyak rungutan dan teguran daripada penyokong dan ahli tulen kerana bimbang nasi menjadi bubur. Namun setiap rungutan dan teguran ikhlas penyokong dan ahli tulen, kian tidak laku malah jauh sekali hendak dilayan. Contoh, supaya reaksi negatif 'deep state' perlu dibersihkan dengan melantik penyokong dan ahli tulen, akan dijawab dengan  sergahan "jangan sibuk hendak mengejar jawatan. Kita mesti inklusif!". Ya lah!

7. Sesungguhnya kemabukan inklusif para pemimpin PH ini ibarat sedang menunggu 'mata kapak' jatuh ke kepala mereka sahaja untuk menjadikan kerajaan ini benar-benar kerajaan sepenggal! Selepas jatuh nanti (sekiranya berlaku), apa yang hendak mereka susahkan kerana penyokong dan ahli-ahli tulen, mesti bersedia dengan tulang empat kerat, wang ringgit dari poket masing-masing dan hartaa benda yang ada untuk kembali meletakkan mereka di tempat empuk itu pada PRU 16 nanti! Kan...semudah sekali jari dipetik!

Kita tunggu dan lihat siapa yang kena!

No comments: