Followers

Sunday, January 01, 2017

Hari-hari mendatang pasti akan ada adegan-adegan yang lebih memegunkan! Tunggu!

1. Bukan bertujuan "busy body' tapi kadang-kadang rasa kesian kepada sahabat-sahabat ahli bawahan yang masih berada dalam parti sejarah. Selepas pertukaran kepimpinan baru di Selangor tempoh hari, ahli-ahli bawahan jadi semakin pening dan bengong memikirkan hala tuju politik parti, mengikut satu survey yang berwibawa. Kalau guna nada orang kampung, kata-kata yang sesuai, "Hendak tuju kemana entah?, ke sana tidak, ke sini tidak tapi macam nok ke sana!!". Begitulah keadaan parti sejarah itu!

2. Ahli-ahli di bawah berpuntal lidah bercakap bab menentang Umno/Bn walaupun kian tidak ada petugas parti. Tak ada benda tidak dikata kepada Najib dan Umno! Namun pemimpin di atas "bagai nak selok" berkepit dengan para pemimpin Umno ke sana ke mari!

3. Sekarang ini racun yang paling bisa dan utama ditabur kepada ahli bawahan parti sejarah ialah "musuh utama" kita, DAP! Tidak ada cerita lain, kalau mereka semakin keliru nak kutuk Najib dan Umno kerana tingkahlaku pemimpin atasan mereka, mereka beralih pula "lagu"  yang Umno selama ini dendangkan, "DAP musuh kita", "PAN kuda tunggangan DAP". Kesian sungguhlah kepada puak-puak ini. Padan pun ramai panggil mereka ini walaun!

4. Bila kita bagitahu mereka, parti awak akan 'kerjasama' dengan Umno dalam PRU 14 ini. Mati-mati mereka kita tidak! Mana boleh? Gagah benar jawapannya! Begitulah di bawah ini diperkotak-katikkan oleh para pemimpin yang opportunis disebalik "pakaian" warak mereka!

5. Para pemimpin di atas pula daripada se-pentas, se-mesyuarat senyap-senyap, se-Majlis Perundingan, se-dondong, se-kata, se-355 di London (konon) dan se-teh-tarik, se-kapal, se-Ruhingya dalam stadium,  se-irama mendendangkan "lagu-lagu" BTN dan kian banyak se-se yang lain, ahli-ahli di bawah terus tidak percaya walaupun kini kelihatan semakin terang tanpa payah bersuluh lagi! 

6.  Apa yang aku nak lihat dan tunggu, sewaktu dahulu, waktu aku membuat keputusan meninggalkan parti sejarah kerana sikap kepimpinan baru yang mengubah hala tuju politik parti sejarah, ada sahabat-sahabat lama di bawah ini kata, "enta pergilah, ana tidak akan pergi kecuali parti kerjasama dengan Umno, ana ikut enta!". Hahha...!!

7. Sama ada sebelum atau selepas PRU 14, aku akan tunggu dan aku akan cari mereka nanti! Bukan apa, cuma hanya nak melihat kesan dan bahana 'dedak' sahaja, yang boleh mereput dan melunyaikan prinsip dan kata-kata yang berdegar-degar, para pemimpin di atas pula kian kerap berkepit berlegar-legar ke sana-ke mari bersama-sama dengan penuh 'romantik'!

8. Semakin hari mendatang, panorama kemaruk cinta politik parti sejarah semakin terang dan jelas. Setelah ber-teh tarik di London, kita tengok pula esok lusa adegan-adegan yang lebih "memegunkan"! Mari kita tengok siapa yang kena!