Followers

Saturday, August 05, 2017

Siapa Menipu? Siapa menipu yang memberi faedah untuk rakyat? PM Najib atau Tun M?

1. PM Najib nampaknya kian tertekan dengan hujah serangan mantan PM Tun Dr Mahathir terhadapnya yang menyebabkan beliau terpaksa menuduh Tun M konon menipu rakyat untuk menghapuskan GST.

2. Dalam kenyataannya sebelum itu Tun M mendakwa hutang 1MDB yang tidak dibayar akan ditanggung oleh rakyat termasuk menerusi cukai berkenaan. 

3. Melihat dan merenung dengan apa yang sedang berlaku dan yang sedang dilakukan sekarang ini nampak jelas dakwaan Tun M itu ada asas yang kukuh. Kebanyakan rakyat merasakaan mereka sependappat dengan Tun M. 

4. Semenjak pemerintahan Najib melaksanakan GST kehidupan rakyat umum bukan semakin baik malah semakin tertekan dengan kos dan bebaban hidup. Antara contoh yang semakin jelas hari ini ialah kadar pengangguran dan kadar kejadian jenayah dalam negara semakin meningkat. Peruntukan-peruntukan baru kepada agensi dan jabatan-jabatan kerajaan dipotong dengan teruk. Peruntukan baik pulih premis merosot terus sehingga telah banyak premis-premis dan aset-aset kerajaan rosak teruk.

5. Dengan isu-isu besar yang disebut itu, persoalan telah bermain dipemikiran rakyat; ke mana pergi duit GST yang sepatutnya semua rakyat dapat merasai dengan jelas akan duit itu kembali kepada mereka! Setakat ini akalu ada yang merasainya hanyalah mereka yang menjadi ayam daging dengan dedak BRIM yang hanya lekat celag gigi dan peneroka FELDA yang dapatnya tidak seberapa itu! Sebahagian besar rakyat yang lain dapat apa pulangan dari GST? Tak ada!

6. Dengan sebab itu kalau Najib kata  Tun M membohongi rakyat hanya semata-mata untuk hapuskan GST, oklah tu. Tun M buat apa sahaja untuk HAPUS kan GST! Setakat hari ini menag rakyat gembira dengan berita GST akan dihapuskan jika kerajaan baru PH menang di Putrajaya. So apa masalahnya Tun M berbohong kalaulah betul Tun M dikatakan berbohong!

7. Yang menjadi masalah sekarang tidakkah PM Najib juga "berbohong" kepada rakyat untuk terus menghidupkan GST dengan menafikan hasil GST daripada rakyat digunakan untuk bayar hutang 1MDB?

8. Memberi alasan negara-negara maju lain juga melaksanakan GST untuk merasionalkan pelaksanaan GST di Malaysia bukanlah satu hujah yang bagus. GST di negara-negara maju itu ke mana mengalirnya wang mereka kalau tidak kembali kepada rakyat. 

9. Di Malaysia sekarang? Yellek!

No comments: