Followers

Tuesday, December 20, 2016

Boleh 'berpeluk' dengan Syiah tetapi tidak dengan Amanah!

1. Inilah agaknya yang dipanggil politik matang? Sanggup menggagahkan diri pergi ke Iran untuk 'berpeluk' dengan kepala segala Syiah yang baru sahaja membantai umat Islam Sunni di Aleppo Syria. Darah saudara-saudara Islam Sunni masih belum kering, mangsa rogol masih menderita dan akan menderita sehingga akhir hayat, kanak-kana malang Sunni diperlaku kejam, ulama itu sambil tersenyum manis bagaikan tiada  apa-apa berlaku dan dilakukan oleh puak-puak Syiah yang jahat, masih rela tangannya memegang tangan kepala segala Syiah yang bergelumang dengan darah ummat Sunni! Masya Allah, di manakah rasa sensitiviti dan solidariti sesama umat Sunni yang teraniaya.

2. Lebih malang lagi puak-puak Syiah menggelarkan Umat Islam Sunni yang dizalimi oleh mereka itu sebagai golongan kafir tatkala ulama ini berada di Iran! Tidakkah ulama Malaysia yang seorang ini tidak ada rasa apa-apa langsung!? Ya Allah...di manakah para penasihat yang katanya bijak dan alim warak ulama ini? Tidurkan mereka di musim tengkujuh ini?

3.  Apakah yang hendak dikata lagi apabila KUIS sendiri tidak bersetuju dengan kehadiran ulama ini di Iran ke persidangan itu? Memalukan apabila orang kanan ulama Malaysia ini sebelumnya mengatakan kehadiran ulama ini ke Iran dengan keizinan pegawai-pegawai di KUIS!

4. Sikap dan pemikiran POLITIK ulama ini sejak akhir-akhir ini sangat bercelaru, bagaikan tiada langsung orang kiri kanannya yang mampu mengawalnya. Di Iran boleh bertemu bercakap dengan senyum manis kepada Syiah yang masih belum kering darah di tangan membunuh umat Sunni, namun dalam negara sendiri amat pendendam orangnya dengan sahabat-sahabat lamanya sendiri yang pernah rebah bangun bersamanya satu ketika dahulu.

5. Terbaru keluar lagi kenyataan tolak Amanah dan DAP! Tu dia! Yang peliknya katanya tentang rasuah BN tapi dalam waktu yang sama amat mesra dengan Umno/Bn! Ini semuanya pulut kepada Umno/Bn!

6. Amat lembut dengan Syiah yang mengganas di Aleppo dan mesra dengan perasuah di tanah air, namun keras teramat sangat dengan sahabat-sahabat lamanya dalam Amanah, yang dia juga, yang menghalau mereka keluar!

7. Begini rupanya politik matang cetusan idea hebatnya....boleh 'berpeluk' dengan Syiah tetapi tidak dengan Amanah dan DAP! Ikuk panda mu lah awang!