Followers

Thursday, August 18, 2016

Kalau tidak tolol, nak kata apa?

Saya bersetuju kalau perkataan 'tolol' digunakan kepada seorang individu yang diamanahkan sebagai Yang Berhormat kerana cuba mengaitkan DYMM Seri Paduka Baginda  Yang Dipertuan Agung sebagai MO1. Ini adalah kerana isu MO1 adalah perkara yang semudah itu untuk difahami akan siapakah manusia MO1 itu!

Walaupun MO1 itu tidak diberi nama oleh kerajaan Amerika Syarikat, namun dalam laporan DOJ itu menunjukkan MO1 itu adalah pelaku 'jenayah' kolor putih yang amat ketara. Masakan tidak tolol dan bengong kalau Agung Malaysia cuba dikaitkan sebagai 'penjenayah'? Hebat betul individu ini? Puas hatilah orang Langkawi memenangkannya sebagai YB, dan kebetulan Agung Malaysia waktu ini pula adalah datang dari negeri Kedah! Puas hati sungguh!

Walaupun dalam usaha meredakan keadaan individu tersebut cuba membuat tafsiran baru, konon dia tidak tulis (menyebut) MO1 tetapi tulis (menyebut) sebagai MO Number 1, namun sekilas ikan di air orang dah tahu individu ini jantan ke betina!

Kita telah pun ada MO1 yang sangat membebankan negara, takkanlah kita perlu ada pula seorang wakil rakyat sebagai Pembelit No 1? Cukuplah...

Aku cuba bayangkan, kalaulah Mat Sabu atau Rafizi  atau Kit Siang yang tulis seperti itu, agaknya  dalam masa 12 jam bertimbun saman, sampai tertimbus Bukit Aman rasanya, agar mereka didakwa dengan pelbagai akta! Fuh!