Followers

Saturday, June 25, 2016

DAP kafir harbi? Kian rosak dan punah!

1. Negara Malaysia darul Najib wal Rosmah kini kian haru biru. Pelbagai tekanan, tindakan, fitnah dan fatwa mengarut berterbangan di ruang udara dan kehidupannya. Semua dilakukan oleh pihak yang memegang kuasa, yang berkuasa dan yang dekat dengan mereka, termasuk mereka yang kemaruk mahu menjadi penasihat yang entah apa benda, yang dinasihatkan!

2. Begitulah kian kukuhnya haru biru Malaysia hari ini. Sampai bila perkara-perkara ini akan terus bertebaran dan mahu ditebarkan merata-rata? Mereka yang ada maklumat kian cemas melihat segala gelagat pemerintahan Najib and the gang. Mereka yang tiada maklumat atau disekat mendapat malumat masih tidur lena dalam rangkulan suapan-suapan yang tidak seberapa dan tidak selazat manapun itu. Dan inilah puak-puak yang ramai, yang sudah menjadi bagai orang yang kena pukau.

3. Isu terbaru "DAP kafir harbi" dan yang bersama DAP haram dan berdosa besar. Ini bukan calang-calang isu. Kalau Rafizi-lah yang menyebut begini kepada kepada puak-puak sebelah sana, sudah pasti bertimbun laporan polis dihadapkan kepada Rafizi dan esok pagi sebelum Rafizi keluar rumah, polis dah tentu jemput Rafizi ke Bukit Aman! Alangkan Rafizi berkelakar sebut nak suruh Dr Termizi baling bom nuklear kat kerusi Pekan dalam parlimen yang bertentangan dan tak berapa kakipun dengan kerusi Ketua pembangkang, Rafizi disiasat segera mengalahkan cepatnya sinaran kilat!!

4. Tapi yang menfatwakan begitu seorang yang berjawatan mufti maka seluruh negara bagaikan releks belaka. Bayangkan kalau ada yang pakai "fatwa' itu, tidakkah akan berlaku pertumpahan darah dan merosakkan ketenteraman dalam negara?

5.  Inilah peliknya negara Malaysia darul Najib wal Rosmah hari ini. Haru birunya keterlaluan. Kian rosak dan punah integritinya.

Sunday, June 19, 2016

Punca Kekalahan Amanah di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

1. Parti Amanah Negara adalah sebuah parti baru yang belum dikenali ramai oleh rakyat Malaysia terutama rakyat luar bandar. Dalam usia lebih kurang 8 bulan, kisah misi dan visi Amanah belum melata ke seluruh pelusuk tanah air.

2. Sebagai parti baru, Amanah masih berhempas pulas di setiap kawasan untuk memperkenalkan dirinya. Dengan petugas perintis yang berjumlah kecil mereka mengambil masa untuk memperkenalkan Amanah dalam kalangan masyarakat Melayu. Dalam masyakarat yang berakar ideologi Umno mereka dipandang serong dan penuh curiga. 

3. Manakala dalam masyarakat yang berakar fahaman politik PAS, mereka menjadi bagaikan musuh yang perlu dihapuskan. Setiap ketika mereka bergerak dalam masyarakat mereka dipandang sinis, dimarah, dihina, dilabel, dichop serta dihukum hingga masyarakat yang mendengarnya menjadi keliru dan gerun!

4. Dalam usia lebih kurang 8 bulan, kawasan dan cawangan belum mencukupi malah di kebanyakan tempat belum wujud, untuk menyediakan angkatan perang politik tempatan. Jadi semuanya bergantung kepada bantuan luar yang penuh dengan kekangan.

5. Ahli-ahli Amanah belum melata di seluruh pelusuk tanahair walaupun golongan harum manis mungkin ramai di sesuatu kawasan dan cawangan.

6. Dalam tempoh lapan bulan ini golongan asatizah Amanah dilihat tidak berada di depan untuk membuktikan kepada masyarakat luar bandar bahawa Amanah adalah juga parti Islam. Apabila golongan asatizah ini tidak ke depan maka masyarakat gagal melihat corak Islam yang mahu dibawa oleh Amanah sebagai parti Islam sebagaimana yang didakwanya. Pemimpin Amanah tidak boleh mengharapkan masyarakat Melayu luar bandar faham atau terima Amanah sebagai parti Islam kerana hanya semua pemimpin atasan Amanah adalah berasal daripada PAS!

7. Sebagai parti baru Amanah belum sempat untuk memperkukuhkan kewangannya secara jangka panjang. Sudah pasti kewangan Amanah pada masa ini adalah datang dari mereka yang bersimpati dengan Amanah dan dari duit poket pemimpin dan aktivis Amanah yang tidak berapa kerat itu.

8. Di Kuala Kangsar calon Amanah berada ditempat ketiga kerana orang Melayu dalam kalangan PAS dan harum manis takut mengundi beliau kerana racun 'orang Ikram' yang dimainkan oleh tukang kempen parti bulan itu! Racun 'orang Ikram' ini perlu dineutralkan!

9. Yang terakhir Amanah selaku wakil PH tewas kepada Umno/Bn kerana tindakan PAS yang bertanding dalam kedua-dua PRK itu. Penyertaan PAS dalam PRK itu sangat menganggu kerana dari awal mereka kelihatan tidak berminat untuk menentang kebobrokan UMNO dan bukan untuk mengambil alih Putrajaya. Mereka hanya berhasrat untuk bersama dengan Putrajaya sekarang dalam hal-hal yang mereka boleh bersetuju. Jadi sudah tentu penyertaan PAS dalam kedua PRK ini amat tidak berbaloi!

10. PRK di Malaysia semasa pemerintahan UMNO/Bn bukan senang untuk dihadapi. Bukan Umno/Bn namanya kalau tidak menggunakan seluruh jentera kerajaan dan pelabai dedak untuk menguasai undi.

Walau bagaimanapun potensi Amanah sebagai salah satu parti politik utama dalam arus politik negara amat cerah terutama dalam tempoh 5 tahun akan datang. 

Apa yang penting Amanah tidak perlu kecewa dengan kekalahan dalam kedua PRK tersebut, sebaliknya perlu bangkit tanpa berlengah dan berehat panjang, untuk terus memperkenalkan Amanah ke seluruh masayarakat terutama masyarakat luar bandar. Pemimpin-pemimpin utama Amanah perlu turun ke bawah ke luar bandar dalam program ziarah dan ceramah-ceramah walaupun mungkin tidak ramai hadir!   Amanah perlu berani menghadapi mereka yang tidak ramai untuk mempunyai ahli yang ramai!

Biarkan apa yang 'musuh' Amanah kata, Amanah perlu terus bergerak ke hadapan tanpa banyak menoleh ke belakang!