Followers

Thursday, June 02, 2016

Amanah jangan contohi perangai parti sejarah!

1. Tahniah kepada Pakatan Harapan yang berjaya meletak calon dalam PRK Sungai Besar. Tahniah juga kepada Parti Amanah Negara kerana calon dari parti tersebut telah dipersetujui untuk mewakili PH.

2. Diharap ini adalah titik tolak pertama untuk melupakan sebarang perkara titik bengik antara parti-parti dalam PH. Rakyat menuntut kepada perjuangan yang lebih jelas untuk membela nasib rakyat yang sedang tertekan dan untuk bangkit merubah sistem yang korup dan lemah dalam pengurusan negara.

3. Isu-isu yang berlambak menekan rakyat kini dan menjatuhkan maruah negara di mata dunia perlu dilembang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk membuka minda rakyat agar berani bertindak merubah melalui PRU ke 14 nanti. Cukuplah rakyat diperkotak-katik dan diperbodohkan dengan dedak yang tidak seberapa berbanding dedak para kroni dan para kuncu.

4. Kepada Parti Amanah Negara teruskan perjuangan seperti yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Nor dan TGNA dalam meletakkan Islam sebagai agama dakwah yang mulia dan berkesan dalam masyarakat majmuk di negara ini. Jangan ditiru perangai bongkak, mulut longkang dan pongah sang parti sejarah lagi. Biarkan parti sejarah itu terus mendendangkan trompet sasau seperti babi kepada DAP, lembu kepada Umno, dan pengkhianat dan mabuk kepada Amanah. Mereka nak kata apapun biarkan tetapi Parti Amanah Negara perlu terus maju dan mengajak rakyat Malaysia berfikiran dan bertindak cara Malaysia yang berhemah dan berintegriti.

5. Selamat maju jaya kepada Ustaz Azhar Shukur calon PH di Sungai Besar. Teruskan perjuangan anda kepada rakyat melalui Parti Amanah Negara.

Wednesday, June 01, 2016

Pemuda PAS kian hilang arah?

1. Mesyuarat Pemuda PAS Pusat yang bermula semalam sedang berlangsung. Antara yang menarik ialah pakaian ala pahlawan Melayu beberapa orang pemimpin utama Pemuda PAS dan perasmi mesyuarat tersebut.

2. Tidak menjadi masalah dengan pakaian tersebut malah pakailah apa pun asal menutup aurat. Cuma dengan memakai pakaian seperti itu Pas kelihatan seperti bersikap main-main dan seperti telah hilang identiti dan kreativiti perjuangannya.

3. Pemuda PAS pimpinan Abduh dan Mat Kholil bagaikan cuba mengajak ahli-ahlinya untuk tidak berpijak di bumi nyata dalam memahami realiti kehidupan dan tuntutan masyarakat dan anak muda hari ini yang lebih terdesak dengan tekanan hidup.

4. Apakah untuk semata-mata kononnya kembali kepada jiwa Melayu maka perlu mencipta gimik yang melucu dan ada ketikanya amat membosankan itu?

5. Jangan marah kalau orang ramai kata pemuda Pas kian ke-bangsawan-an. Buat kerja membazir dengan menempah pakaian atau menyewa mak andam pakaian yang memang tidak akan dipakai lagi selepas ini. Wang siapa digunakan untuk gimik yang membazir itu?

6. Apakah pemuda Pas kini kian hilang identiti diri dan hilang arah tuju kerana keselesaan hidup yang kian menyerkup diri beberapa watak utama, sedang anak-anak muda lain dan rakyat terus lemas dalam isu-isu besar yang menekan kehidupan dan masa depan mereka?