Followers

Wednesday, May 25, 2016

PKR, jangan jadi pembuli!

1. Nampaknya PKR cuba dengan gigihnya menjadikan Majlis Presiden PH bagaikan sampah. Mempermainkan mesyuarat MP Pakatan Harapan hingga tertunda-tunda berkali-kali, itulah buktinya!

2. Ini adalah sikap bongkak dan melampau yang menyusahkan komponen PH dalam usaha menghadapi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk menghadapi Umno/BN.

3. Alasan PKR kerana mahu terus berunding dengan PAS untuk kononnya memastikan satu lawan satu adalah amat mencurigakan.

4. Ramai khalayak pemerhati politik melihat sikap ini sebagai ada permainan tertentu yang cuba menyakitkan parti baru Amanah. Ini jelas sikap pembuli yang bongkak di sebalik wajah bagaikan alim dan warak kartel tertentu dlm PKR.

5. Jika inilah sikap PKR lebih mementing dan menatang PAS dalam perkiraan politiknnya berbanding rakan persefahaman PH nya sendiri maka saya bersetuju jika ada pihak yang mencadangkan PKR terus sahaja ke blok ketiga bersama Pas dan Ikatan. Tinggalkan PH!

6. Walaupun dalam politik apa sahaja boleh berlaku, apa lagi yang dicari daripada PAS kini yang sombong dan angkuh konon boleh menang walau sendirian itu? Dah berkali-kali PAS kata dia tidak perlukan parti lain, PKR tidak faham ke?

7. Keputusan melambatkan PH memutuskan komponen mana yang akan bertanding adalah satu pengkhianatan kepada persefahaman PH atau sebenarnya ada pihak dalam PKR yang selama ini memang tidak mengiktiraf kewujudan PH?

8. Sebagai rakyat biasa, saya juga rasa terpanggil untuk memberi pandangan bahawa parti yang layak mewakili PH di SB dan KK adalah Parti Amanah Negara. Mendesak MP menerima calon dari PKR adalah satu pembulian yang angkuh dan tidak bertimbangrasa! PKR, jangan jadi pembuli yang tamak!