Followers

Saturday, May 07, 2016

Dato Husam pula akan tubuh parti baru ?

1. Dato Husam Musa (DHM) telah dipecat dari PAS. Satu berita yang seiring hangat dengan hari pengundian di Sarawak.

2. Sekian lama sejak dari 1982, beliau bersama PAS di bawah didikan dan bimbingan tokoh kesayangan ummah TGNA, maka kini takdirnya telah ditentukan untuk tamat sudah kisah pejuangan Islamnya melalui parti itu.

3. Sejak berada di dalam PAS, DHM sentiasa berusaha gigih memberi yang terbaik kepada partinya itu.  Sehinggalah selepas tewas segugus di muktamar Kuala Selangor, beliau terus istiqamah dengan  prinsip dasar perjuangan partinya itu, walapun ramai rakannya telah menubuh parti Islam baru.

4. DHM terus berusaha melakukan yang terdaya oleh kudratnya, untuk membetulkan parti yang yang kian miring ke tengah ke tepi, bahana 'kebijaksanaan politik' geng kempimpinan baru parti beliau.

5. Namun usaha ikhlas DHM itu akhirnya memakan dirinya sendiri. Usaha menegurnya tiada yang kisah, tiada yang pandang, tiada yang peduli, tiada yang ambik pot pun, malah mungkin tiada kelas bagi golongan pentaksub yang kurang berfikir!

6. Dan kini DHM dicampak keluar dari PAS kerana keikhlasan dan keberaniannya mengkritik PAS dari dalam.

7. Selepas ini ke mana dan bagaimana DHM dengan perjuangannya? Mungkin DHM akan tubuh parti baru bagi memperjuangkan prinsip dan keyakinan perjuangannya? Sama-sama kita tunggu dan lihat.