Followers

Saturday, March 19, 2016

Aku nak gelak kuat-kuat, KAHKAHKAHKAHKAH!!!! Piirah!!

Dia kata, " Saya bukan pencuri harta rakyat".


Ini berita tentang dia yang dipetik di sini: http://www.malaysiakini.com/news/334422:


"....... berkata beliau bukanlah seorang pencuri harta rakyat seperti yang digambarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkannya, yang disifatkannya sebagai sengaja dilakukan untuk memburukkan imej beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.

"Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.

"Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.

"Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat," katanya ..........."

Friday, March 18, 2016

Wahai parti itu, cukuplah... jangan terlalu teruja menari dengan wajah ketat kamu!

1. Selepas perhimpunan chai di suatu daerah dalam negeri Selangor dahulu, parti itu begitu tegar dengan pencak silatnya agar khalayak melihat ianya masih gagah dan kental. Namun kini langkah silat yang dipulas dan diputar itu kelihatannya bercampur baur dengan langkah tarian yang bagaikan tidak berapa kena aturnya. Kadang-kadang masih dengan langkah bagai bersilat pulut, namun kadang-kadang kelihatan bagai tarian zapin yang tunggang-langgang, kaki melangkah ke mana, tangan di hayun ke mana entah, sedang muziknya tenggelam timbul. Kecoh jadinya!

2. Dalam isu hudud yang dilagukan sejak dari dulu, berbagai rentak dan langkah tarian yang dipulasnya. Dulu hudud menjadi nyawa yang perlu segera diterjahkan ke Parlimen dengan tidak menyempat-nyempat untuk dibincangkan dengan kawan-kawan persefahaman. Konon ada 'puak-puak besar' akan sokong. Tak tahu sebenarnya 'puak-puak besar' itu hanya malaun yang suka menabur janji tapi cukup hebat membuli!

3. Dulu sudah ada 'anak beranak' kamu sendiri yang menasihati, hudud itu sabar dulu, buat secara tersusun dan tertib mengikut strategi yang diatur, bincang dengan kawan-kawan dengan lumat dan akhirnya serah kepada rakyat, bukan tergesa-gesa. (Eh kamu ini, jebon yang cuba menentang hudud dan mengajar ulama iya? Ches....kan kuchaikan kamu!)

4. Kini....tok-tok alim itu kata hudud boleh pula ditangguhkan dulu...oh bukan....dikemudiankan! (Tidakkah serupa) Kita dulukan yang umum-umum dulu! Kita perkasakan dulu mahkamah syariah! (Laaaa.....yang dulu-dulu itu yang saudara kamu yang kamu jebonkan dulu itu, tidakkah mereka bagi pandang dan aturkan begitu? Kamu tidak dengarkah? Atau kamu memang ......?)

5. Kerana pandangan saudara-saudara yang kamu jebon dan munafik haraki kan duhulu, lebih dahulu memberi pandangan begitu, maka kamu halau mereka. Kamu tuduh mereka mahu bocorkankan kapal! Kamu tuduh mereka mahu menjadi nahkhoda kapal secara gelojoh, hingga anak-anak didik kamu tidak tertahan-tahan lagi keluar beramai-ramai kerna mahu 'terkencing berjemaah' sewaktu Timbalan Presiden parti kamu waktu itu, sedang berucap! Adoh...kamu ini bagaimana?

6. Hari ini sebiji apa yang menjadi hujah mereka yang kamu jebon dan munafik haraki kan dahulu, kamu gunakan dan pakai semula. Boleh pula kamu guna alasan itu? Rupanya buat mereka yang kamu benci tidak boleh guna alasan begitu, terus dichop anti hudud. Buat kamu, boleh, kerna kamu golongan sesuci embun pagi kononnya!? Begitu?

7. Nampaknya memang tarian kamu semakin rancak, namun sering sering langkah kamu sumbang amat. Tambah-tambah lagi bila kamu mulai sedang mengepalai blok ke 3

8. Tak kiralag blok berapa pun kamu berada kerana itu hak demokrasi namun hati-hatilah mengayakan langkah kaki kamu, jangan terlalu teruja menari rancak,  bimbang nanti tersepak kaki sendiri, kamu tersungkur ke lantai kalau tidak pun tertimpa 'batu blok' dalam PRU 14 nanti terutamanya di negeri Cik Siti itu!

8. Cukuplah kamu berdolak-dalik dan 'mempermainkan' isu hudud untuk kepentingan politik kerana kamu tiada lesen soheh untuk mempermainkan isu hudud yang maha suci itu! Realistiklah dalam perjuangan hudud yang maha suci, kerana jika tidak, kamu akan sentiasa kelihatan hodoh dan ketat! Jangan ketat sangat wajah kamu itu ok!
 

Tuesday, March 15, 2016

Padan kena bodoh lagilah orang Felda...



Tanda sayang dia kepada Felda, kini Felda mahu dijadikan sebuah badan kuasa politik pula. Nampaknya makin sedap lagi membalun segala yang ada di Felda selepas ini. Minta sisih!

Pengerusi yang patut ditukar, hanya CEO yang hendak ditukar! Chait apara!

Petikan dari Malaysiakini:

Najib: 'Selamatkan Malaysia' tak sayang Felda
Alyaa Azhar  (Malaysiakini) 14 Mac 2016, 6:13 petang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini secara terbuka membidas mereka yang memeterai Deklarasi Rakyat bagi ‘Selamatkan Malaysia’ sebagai pemimpin dan golongan yang langsung tidak mengambil berat tentang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Bercakap pada majlis pelancaran Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), di Menara Felda di Kuala Lumpur, katanya, adalah hasrat kerajaan bukan sahaja menjadikannya sebagai sebuah badan kuasa ekonomi terunggul tetapi menjadikan Felda sebagai sebuah badan kuasa politik.

Felda, katanya, tidak akan wujud tanpa kuasa politik.

"Kalau puak-puak yang hari tu, dua, tiga hari lalu buat deklarasi (rakyat). Tuan-tuan ingat dia sayang Felda, tuan-tuan ingat dia ada hati yang baik nak buat Felda?
 
“Haram kejadah dia nak buat Felda, tak ada... Tak ada nak buat Felda. Yang buat Felda, kami ini, anak Umno, pemimpin Umno yang buat Felda,” katanya sambil disambut tepukan daripada hadirin.

Sambil mengingatkan para hadirin yang rata-rata mereka adalah peneroka Felda dan ahli keluarga mereka, Najib berkata pelbagai bantuan telah diberi dan lebih banyak lagi akan diedarkan kepada mereka.

“Nak bagi lagi ni, tapi nak asas. Asas kita, berilah sokongan kepada pemerintah yang ada pada hari ni kerana kita nak teruskan perjuangan kita,” katanya.

KAF adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwujudkan sebagai wadah baru kepada generasi Felda yang berumur 35 tahun ke atas.