Followers

Wednesday, March 09, 2016

Gerhana melanda Malaysia

1. Pagi ini ramai di kebanyakan masjid dan rumah menunggu untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari. Semoga Allah memberkati kita semua.

2. Dalam Pas, hampir-hampir berlaku 'gerhana' seketika, apabila Dato Husam (ahli PAS) mencadangkan TGHH diganti oleh DTIM. Kecoh dalam group-group Whatasp sama ada menyokong atau 'membelasah' Husam Musa.

3. Ramai juga yang berpendapat ada munasabahnya cadangan Husam itu memandangkan pelbagai kenyataan berbeza dan bertentangan antara satu sama lain dalam kalangan pemimpin.

4. Satu lagi 'gerhana' politik yang hampir-hampir menggugat sebuah kerajaan telah berlaku di Trengganu. Tidak disangka-sangka Dato Ahmad Said ( Ahli Umnu) mantan MB mengusulkan undi tidak percaya kepada kerajaan Umnu Bn pimpinan Razif. Kerana gerhana politik yang cuba dicetuskan oleh Mat Said, pucat juga muka speaker Dun Trengganu!

5. Begitulah negaraku Banglasia ini. Banyak gerhana menduga yg berpunca dari gerhana desakan Najib Letak Jawatan!

Semoga Allah memberkati kita semua untuk Malaysia yang lebih baik tanpa pemimpin rasuah dan zalim, walaupun ditakdirkan melalui pelbagai gerhana politik dan gerhana matahari sebenar.

Sunday, March 06, 2016

Parti lidah keras!

Keupayaan untuk berbeza pandangan dan pendapat adalah masalah besar di Malaysia hari ini. Walaupun negara ini dikatakan kononnya akan mencapai tahap negara maju tidak berapa lama sahaja lagi, namun minda rakyat yang terbanyak dalam membincangkan isu-isu politik dan negara amat selekeh TERUTAMA dalam kalangan orang-orang Melayu.

Berbeza pandangan, kritikan kepada idola atau orang yang ditaksubi mampu mengundang maki hamun, celaan, kutukan dan sumpah seranah yang cukup menggerun dan menggelikan.

Yang paling sedih apabila parti yang selama ini dikatakan parti yang memperjuangkan Islam hampir-hampir menjadi juara memaki hamun kepada lawan yang berbeza pandangan dan mereka yang memberi kritikan. Walaupun mereka berwajah agama namun tahap kesabaran mereka amat ciput dan  nil sekali. Boleh mengkritik orang lain tapi jangan mengkritik pemimpin taksuban aku!!

Mereka yang paling teruk menjadi mangsa setakat ini adalah Mat Sabu dan Razifi Ramli. Tidak kurang hebat dimaki, dilabel, dikutuk malah sehingga dihukum dengan 'dalil-dalil' hadis dan nas Quran, adalah ahli-ahli Parti Amanah Negara ( AMANAH). 

Parti Amanah negara yang telah sah menjadi parti politik dan telah diiktiraf oleh pihak berwajib seperti SPR sebagai AMANAH pun masih sukar untuk melembutkan lidah pemimpin dan pendokong parti Islam sehingga mereka begitu keras lidah untuk menyebut AMANAH sebaliknya dengan penuh kebenakan hanya mampu menyebut PAN sahaja! Tak apalah nak buat macam mana, lidah mereka sudah bagaikan lidah orang makan sireh...keras!

Jika beginilah keadaan dan rupanya parti Islam apakah ia mampu menyerlahkan Islam yang sebenarnya? Entahlah! Insaflah!