Followers

Friday, December 16, 2016

Dicadangkan PKR bergabung dengan PAS, pedulikan Amanah sorang-sorang!

Dalam keadaan sekarang, yang semakin hampir dengan PRU 14, sepatutnya sama ada orang tua atau anak muda dalam Pakatan Harapan duduk bersibuk berusaha memperkukuhkan Pakatan Harapan dari segala sudut dan segi, dengan penuh keyakinan. Tetapi tiba-tiba ada pula cadangan yang terlebih kreatif mencadangkan agar AMANAH bergabung dengan PKR! Eh ke situ pulak perginya!

Dulu 'telan' PRM sekarang nak 'telan' AMANAH pulak? Besar sungguh nafsu?

Tidak sedarkah puak-puak yang mencadang itu bahawa cadangan seumpama itu menggambarkan bahawa kumpulan yang mencadang itu hingga kini masih lagi tidak mempunyai keyakinan diri terhadap kekuatan partinya sendiri lantas bersibuk nak mencari tongkat di sana-sini! Atau golongan ini adalah puak-puak opportunis demi kepentingan kuasa puak sendiri. Ini pentanda tidak baik bagi parti itu sebenarnya kerana usaha seumpama inilah yang bakal menjadi duri dalam daging.

Kalau pun nak bercakap Amanah adalah parti baru, bukan memberi cadangan hingusan seperti itu. Bantu dan pimpin Amanah seperti mana yang para pemimpin Amanah pernah lakukan kepada parti itu sewaktu para pemimpin Amanah masih dalam parti lamanya. Bimbing, bantu, dokong dan memberi ruang! Ini tidak, lain pula yang hendak dilakukannya...

Kalau puak-puak itu sudah benar-benar hilang keyakinan diri, aku ingin mencadangkan agar PKR bergabung dengan PAS! Terus PKR jadi kuat dan sihat serta mantap sampai ke akar umbi kerana di sana ramai ulama, ramai ustaz, ramai politikus kreatif yang pro-aktif yang sentiasa berfikir diluar kotak dan yang paling penting ramai walaun yang dapat membantu kartel nanti! Silakan! Segera!!

Pedulikanlah Amanah tu terkontang-kanting sorang-sorang!

No comments: