Followers

Wednesday, December 14, 2016

Cukuplah berunding dengan PAS kerana mereka terlalu kuat dan gagah bersendirian!

Salam, nampaknya begitu lama blog Garamlada ini bercuti. Kini telah sampai masanya blog ini akan diaktifkan kembali dengan mengupas, menganalisa dan memberi pandangan berhubung isu-isu semasa yang sedang berlaku.

Isu pertama yang menarik minat aku dalam sesi kembali semula ini sudah pasti isu PAS, PH dan PPBM.

Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, PKR dan AMANAH baru sahaja menanda-tangani persefahaman bersama dalam usaha menghadapi UMNO/Bn dalam PRU 14 nanti. Namun PAS terus-terusan berkeras dengan blok apa yang dipanggilnya Gagasan Sejahteranya yang entah apa-apa itu! Mereka tetap tidak mahu bersama PH untuk satu lawan saru dengan Umno/Bn, walaupun telah dirunding banyak kali oleh PKR dari gang Minali dan terbaru oleh PPBM!

Terbaru Presiden PPBM berkata akan terus berunding dengan PAS untuk bawa PAS bersama dalam PH dalam keadaan PAS kelihatan telah putuskan keputusannya untuk tidak mahu bersama PH selagi ada DAP dan AMANAH.

Okaylah mungkin boleh diterima untuk PPBM terus memujuk PAS hingga akhir tahun ini yang tinggal tidak berapa hari sahaja lagi. Biarkan PPBM dan Minali puaskan hati mereka. Namun jika usaha memujuk PAS diteruskan lagi hingga ke tahun hadapan bagi aku, tindakan PPBM dan PKR itu hanya membazir dan akan memberi kesan negatif yang besar kepada usaha PH untuk menentang Umno/Bn. Pujuk kepada orang yang tidak sudi dan pendendam  ada kerja membuang masa.

Adalah lebih baik PH yang sepatutnya telah pun dianggotai oleh PPBM mulai melupai PAS yang sedang bercelaru itu dan telah pun merancang usaha-usaha menghadapi UMNO/Bn dalam PRU 14 nanti. Dalam masa 3 bulan mulai tahun depan PH mempunyai masa yang cukup untuk menerangkan dan mempengaruhi rakyat mengapa mereka mesti meninggalkan Umno dan PAS dan  perlu memilih Pakatan Harapan.

Aku sangat bimbang sikap PAS yang bermain tarik tali dalam perundingan dengan PKR dan PPBM adalah strategi yang mereka rancang bersama UMNO/Bn untuk memerangkap parti-parti PH dan PPBM. Tidak hairan jika ini merupakan strategi antara kedua parti tersebut untuk melemahkan usaha PH jika melihat kepada kemesraan di antara mereka yang semakin hari semakin mencolok mata.

Jika ini berlaku PH sudah pasti akan menghampakan harapan rakyat kepada mereka untuk melihat suatu perubahan negara ke arah yang lebih baik. Cukuplah kerusakan yang telah dilakukan oleh Umno/Bn kini dan rakyat ingin melihat perubahan berlaku.

Dengan sebab itu PH dan PPBM tidak sewajarnya melengahkan usaha aggresif mereka ke arah perubahan yang lebih baik dalam negara dek kerana permainan politik PAS yang celaru dan mengelirukan!

Cukuplah berunding dengan PAS. Bergeraklah segera dengan perancangan perubahan untuk rakyat secara yang meyakinkan.


No comments: