Followers

Thursday, September 29, 2016

Wajah Islam kian buruk kerana ceramah agama yang tiada adab!

1. Isu RUU355 semakin parah dan mengelirukan. Rakyat awam terus dikeliru oleh mereka yang berwajah agama tetapi celupar dan pandai berkata-kara tapi bagaikan tiada akal.

2. Khalayak yang telah lama didoktrainkan, kurang berfikir dan tiada maklumat terus membina pendirian masing-masing dalam keadaan keliru dan haru biru.

3. Ancaman rosak aqidah dan jatuh iman kerana hanya RUU355 berkumandang di dalam masjid-masjid tertentu yang mencetus perpecahan ummah terus dibiarkan dibicara semahunya oleh ustaz-ustaz tertentu demi permainan politik yang merosakkan!

4. Terbaru nasib Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia 'diancam' jatuh iman dan akan ditanam di jirat kalau mati selepas tidak angkat tangan tidak sokong Ruu355 oleh seorang yang mungkin dianggap alim oleh pengikut parti politik berkenaan.

5. Pemimpin tertinggi politik parti berkenaan seolah-olah 'merestui' kenyataan tersebut kerana hingga hari ini masih berdiam tanpa memberi teguran. Isunya apalah RUU355 itu Hudud hingga mampu 'menjatuhkan iman' orang yang tidak menyokong?

6. Inilah yang dianggap politik Islam yang dibawa oleh parti politik berkenaan yang dibanggakan mereka. Jemaah lain sibuk mengislamkan orang-orang bukan Islam dengan yang ramah dan penuh rahmat, puak-puak ini pula sibuk 'berusaha menjatuhkan iman' orang-orang Islam yang lain dengan ceramah-ceramah yang kasar dan kurang ajar! Bahagianya mereka dapat berbuat demikian namun wajah Islam yang mulia terus diburukkan mereka!

No comments: