Followers

Wednesday, June 01, 2016

Pemuda PAS kian hilang arah?

1. Mesyuarat Pemuda PAS Pusat yang bermula semalam sedang berlangsung. Antara yang menarik ialah pakaian ala pahlawan Melayu beberapa orang pemimpin utama Pemuda PAS dan perasmi mesyuarat tersebut.

2. Tidak menjadi masalah dengan pakaian tersebut malah pakailah apa pun asal menutup aurat. Cuma dengan memakai pakaian seperti itu Pas kelihatan seperti bersikap main-main dan seperti telah hilang identiti dan kreativiti perjuangannya.

3. Pemuda PAS pimpinan Abduh dan Mat Kholil bagaikan cuba mengajak ahli-ahlinya untuk tidak berpijak di bumi nyata dalam memahami realiti kehidupan dan tuntutan masyarakat dan anak muda hari ini yang lebih terdesak dengan tekanan hidup.

4. Apakah untuk semata-mata kononnya kembali kepada jiwa Melayu maka perlu mencipta gimik yang melucu dan ada ketikanya amat membosankan itu?

5. Jangan marah kalau orang ramai kata pemuda Pas kian ke-bangsawan-an. Buat kerja membazir dengan menempah pakaian atau menyewa mak andam pakaian yang memang tidak akan dipakai lagi selepas ini. Wang siapa digunakan untuk gimik yang membazir itu?

6. Apakah pemuda Pas kini kian hilang identiti diri dan hilang arah tuju kerana keselesaan hidup yang kian menyerkup diri beberapa watak utama, sedang anak-anak muda lain dan rakyat terus lemas dalam isu-isu besar yang menekan kehidupan dan masa depan mereka?

No comments: