Followers

Sunday, June 12, 2016

Amanah bersama rakan-rakannya terus tenang tetapi tangkas di Sungai Besar

1. Penulis berada seminggu di kempen PRK Sungai Besar (P093). Melihat sendiri apa yang berlaku dalam suasana kempen dalam PRK tersebut. Apa yang menarik ialah Parti Amanah Negara (Amanah) yang baru berusia lebih kurang 8 bulan telah diberi kepercayaan mewakili Pakatan Harapan dalam PRK tersebut. Sebagaimana yang dimaklumi Ustaz Azhar Abdul Syukur dari Amanah telah terpilih mewakili PH.

2. Apa yang menarik dalam usia lapan bulan Amanah telah berjaya bergerak lincah dan tangkas dalam kerja-kerja PRK tersebut walaupun terdapat beberapa kecelaruan dan kelam-kabut di peringkat awalnya. Semakin ke penghujung minggu pertama kempen, kelihatan aktiviti Amanah telah mulai tersusun dan menerima dokongan kuat daripada DAP dan PKR.

3. Kejayaan Amanah menyusun gerak kerja mereka dalam PRk Sungai Besar dan begitu juga di Kuala Kangsar telah mula memberi impak yang besar kepada parti lawan Amanah dan PH. Buktinya adalah saban malam melalui media perdana, Amanah dan rakan-rakan Amanah yang turut berkempen untuk Amanah dan PH telah 'diserang' siang malam. 

4. Antara mangsa serangan yang agak kesar ialah Mat Sabu sendiri Presiden Parti Amanah Negara yang sejak dari hari penamaan calon telah diejek dan digelak dalam khalayak ramai dengan geralan yang kurang menarik, yang akhirnya, individu yang menggelarkan itu telah memohon maaf. Mat Sabu tetap tenang seperti biasa.

5. Yang kedua menjadi mangsa 'serangan' daripada Umno dan PAS ialah Rafizi SUA PRK yang kuat berkempen untuk kedua-dua PRK ini. Tiada apa yang tidak dikatakan kepada Rafizi. Individu ketiga yang kuat menerima kutukan kerana kuat berkempen untuk Amanah ialah YB Ng Swee Ling ADUN Sekinchan.

7. Begitulah impak besar kempen Amanah yang mewakili PH dalam kempen PRK P093 khususnya. Yang paling menarik ialah sokongan Tun Mahathir kepada calon Pakatan Harapan iaitu Ustaz Azhar Dato Abdul Syukur dalam PRK Sungai Besar. Sokongan ini amat menggegar jantung hati hulubalang-hulubalang Najib hingga salah seorang daripada mereka mengharapkan Tun Mahathir kembali semula ke dalam Umno!

8. Dalam ronda-ronda penulis bertemu khalayak pengundi di sekitar Sungai Besar penulis sempat bertanya pelbagai golongan dan beberapa orang yang agak veteran dalam parti sejarah penulis tentang sokongan dan pilihan mereka dalam PRK ini.

9. Penulis bertanya parti manakah yang mereka sokong dalam PRK ini? Apa yang memeranjatkan ialah mereka menjawab Amanah. Penulis bertanya kenapa begitu? Mereka menjawab, "kita mahu kuasa, sekadar jadi penasihat buat apa?". Penulis bagitahu mereka PRK ini tidak memberi kuasa kepada parti yang menang. Mereka kata mereka tahu tapi kemenangan Amanah boleh memberi isyarat yang penting dalam PRU 14 nanti untuk PH terus berusaha gigih tewaskan Umno/Bn dan juga parti-parti yang cuba menjadi penasihat Umno/Bn! Wow...walaupun mereka veteran tapi pandangan mereka cukup mantap dan jelas.

10. Semua petanda ini mampu memberi harapan yang baik kepada masa depan Parti Amanah Negara di sebalik pelbagai kata keji kepada mereka daripada Umno dan pemimpin serta pewalak PAS itu sendiri. Malah dalam PRK Sungai Besar ini jika petugas-tugas dan aktivis-aktivis Amanah seluruh negara terus berjaya meningkatkan momentum kempen dengan jelas dan berfokus, kita tidak terkejut jika Amanah akan menguasai segalanya menjelang hari mengundi nanti. In shaa Allah.

 

No comments: