Followers

Sunday, April 17, 2016

Janganlah anggap rakyat pun sama dengan pemakan dedak!

1. Zahid Hamidi menggesa semua pihak menerima penjelasan Menteri Luar Arab Saudi mengenai derma RM2.6 bilion dan menjadikan isu itu satu titik noktah!

2. Inilah Malaysia yang konon mahu menjadi negara maju yang berfikiran kelas pertama, mempunyai penyelasaian mudah cara pemimpin Malaysia, mengenai isu yang membabitkan berbilion wang yang masuk ke akaun peribadi yang membabit orang besar negara!

3. Saya tetap berpendapat bahawa cara mudah penyelesaian yang diminta oleh Zahid Hamidi ini tidak sedikit pun menaikan imej dan maruah Malaysia dalam kalangan rakyat yang berinformasi apatah lagi di mata dunia. Kalau pun ada pihak yang makan 'dedak' mudah menerimanya, apakah pihak yang lebih waras dan yang bersikap yang telus, mudah menerima begitu sahaja tanpa melalui penyelasaian yang berintegriti dan bukan penyelesaian secara diplomasi politik seperti itu.

4. Walau apa pun yang disebut dan diakui oleh Menteri Luar itu, isu 2.6 bilion ini mesti melalui satu proses inquiri yang berintegriti lagi telus bukan dengan 'sebiji kenyataan bodoh-bodoh' begitu sahaja!

5. Setakat ini proses inquiri memang berjalan namun ianya bukan sahaja tidak telus malah langsung tidak kelihatan telus dan meyakinkan. Malah semakin banyak persoalan berbangkit daripadanya.

6. Contoh kenyataan daripada Arab Saudi itu sendiri kelihatan tidak konsisten kerana dulu berbunyi lain (derma untuk pelaburan ?) dan terbaru di Turki berbunyi lain (derma yang tidak harap balasan ?). Hendak memastikan kenyataan mana yang lebih betul itu pun memerlukan satu proses penyiasatan yang telus.

7. Dengan sebab itu isu 2.6 bilion ini tetap mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan kerana ia bagaikan ayam mengais  taik dalam dedak! Oleh itu tidak perlu Zahid Hamidi mengharapkan lebih ramai rakyat bersikap seperti pemakan dedak kerana ia busuk lagi membusukkan!

Dipetik dari Malaysiakini:



Terima penjelasan isu derma RM2.6b, kata Zahid

Bernama     Hari ini, 4:00 petang     Hari ini, 4:09 petang
 
Semua pihak perlu menerima penjelasan mengenai derma RM2.6 bilion dan menjadikan isu itu satu titik noktah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata selain menerima penjelasan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa derma itu datang daripada negaranya, pihak yang telah memutarbelitkan isu berkenaan juga perlu menterjemahkannya dalam bentuk tindakan.

"Saya fikir, mesti berjiwa besar untuk menerima hakikat dan penjelasan ini ... siapapun, mantan perdana menteri sekalipun terimalah hakikat bahawa penjelasan ini adalah satu titik noktah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Expo Outreach Dana Bumiputera @ Perak anjuran Pemuda UMNO Malaysia di Ipoh hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata isu derma tersebut telah dipolemikkan oleh pihak tertentu dengan pelbagai tujuan sehingga menyebabkan rasa menyampah rakyat mengatasi realiti sebenar.

Pada Jumaat, Al-Jubeir ketika ditemui pemberita selepas pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul, Turki mengaku bahawa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib memang datang daripada Riyadh.

-Bernama

1 comment:

Anonymous said...

rasanya semua orang boleh percaya kalau najib tunjukkan semua dokumen-dokumen kewangan yang berkaitan .....ini bukan urusan RM2.60 sen ...ini urusan RM2.6 billion ..... melibatkan Bank Negara dua negara, bank-bank swasta ..... duit tu bukan bawa boleh masuk isi dalam guni.....!!!!!!!!!!!!!!!