Followers

Friday, March 18, 2016

Wahai parti itu, cukuplah... jangan terlalu teruja menari dengan wajah ketat kamu!

1. Selepas perhimpunan chai di suatu daerah dalam negeri Selangor dahulu, parti itu begitu tegar dengan pencak silatnya agar khalayak melihat ianya masih gagah dan kental. Namun kini langkah silat yang dipulas dan diputar itu kelihatannya bercampur baur dengan langkah tarian yang bagaikan tidak berapa kena aturnya. Kadang-kadang masih dengan langkah bagai bersilat pulut, namun kadang-kadang kelihatan bagai tarian zapin yang tunggang-langgang, kaki melangkah ke mana, tangan di hayun ke mana entah, sedang muziknya tenggelam timbul. Kecoh jadinya!

2. Dalam isu hudud yang dilagukan sejak dari dulu, berbagai rentak dan langkah tarian yang dipulasnya. Dulu hudud menjadi nyawa yang perlu segera diterjahkan ke Parlimen dengan tidak menyempat-nyempat untuk dibincangkan dengan kawan-kawan persefahaman. Konon ada 'puak-puak besar' akan sokong. Tak tahu sebenarnya 'puak-puak besar' itu hanya malaun yang suka menabur janji tapi cukup hebat membuli!

3. Dulu sudah ada 'anak beranak' kamu sendiri yang menasihati, hudud itu sabar dulu, buat secara tersusun dan tertib mengikut strategi yang diatur, bincang dengan kawan-kawan dengan lumat dan akhirnya serah kepada rakyat, bukan tergesa-gesa. (Eh kamu ini, jebon yang cuba menentang hudud dan mengajar ulama iya? Ches....kan kuchaikan kamu!)

4. Kini....tok-tok alim itu kata hudud boleh pula ditangguhkan dulu...oh bukan....dikemudiankan! (Tidakkah serupa) Kita dulukan yang umum-umum dulu! Kita perkasakan dulu mahkamah syariah! (Laaaa.....yang dulu-dulu itu yang saudara kamu yang kamu jebonkan dulu itu, tidakkah mereka bagi pandang dan aturkan begitu? Kamu tidak dengarkah? Atau kamu memang ......?)

5. Kerana pandangan saudara-saudara yang kamu jebon dan munafik haraki kan duhulu, lebih dahulu memberi pandangan begitu, maka kamu halau mereka. Kamu tuduh mereka mahu bocorkankan kapal! Kamu tuduh mereka mahu menjadi nahkhoda kapal secara gelojoh, hingga anak-anak didik kamu tidak tertahan-tahan lagi keluar beramai-ramai kerna mahu 'terkencing berjemaah' sewaktu Timbalan Presiden parti kamu waktu itu, sedang berucap! Adoh...kamu ini bagaimana?

6. Hari ini sebiji apa yang menjadi hujah mereka yang kamu jebon dan munafik haraki kan dahulu, kamu gunakan dan pakai semula. Boleh pula kamu guna alasan itu? Rupanya buat mereka yang kamu benci tidak boleh guna alasan begitu, terus dichop anti hudud. Buat kamu, boleh, kerna kamu golongan sesuci embun pagi kononnya!? Begitu?

7. Nampaknya memang tarian kamu semakin rancak, namun sering sering langkah kamu sumbang amat. Tambah-tambah lagi bila kamu mulai sedang mengepalai blok ke 3

8. Tak kiralag blok berapa pun kamu berada kerana itu hak demokrasi namun hati-hatilah mengayakan langkah kaki kamu, jangan terlalu teruja menari rancak,  bimbang nanti tersepak kaki sendiri, kamu tersungkur ke lantai kalau tidak pun tertimpa 'batu blok' dalam PRU 14 nanti terutamanya di negeri Cik Siti itu!

8. Cukuplah kamu berdolak-dalik dan 'mempermainkan' isu hudud untuk kepentingan politik kerana kamu tiada lesen soheh untuk mempermainkan isu hudud yang maha suci itu! Realistiklah dalam perjuangan hudud yang maha suci, kerana jika tidak, kamu akan sentiasa kelihatan hodoh dan ketat! Jangan ketat sangat wajah kamu itu ok!
 

No comments: