Followers

Thursday, January 21, 2016

Apakah Pengerusi baru SPR boleh diharap?

1. Walaupun ada perubahan, namun perubahan itu bertahap kecil dan amat sedikit. Oleh itu sehingga saat ini proses pelaksanaan Pilihanraya di Malaysia masih tidak meyakinkan dari segala segi. Ianya dilihat masih condong kepada menyebelahi parti pemerintah iaitu Umno/BN.

2. Untuk mengharapkan SPR dilihat dan dirasakan adil terutama kepada parti-parti pembangkang rasanya bagaikan mengharap bulan jatuh ke riba. Sering terlihat SPR bagaikan segaja menyediakan padang yang tidak sama rata untuk 'pertempuran' politik dalam tanah air.

3. Sehingga saat  Pengerusi Pilihanraya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bersara, harapan keadilan disediakan oleh SPR bagaikan mengharap buah yang tidak gugur.

4. Kini SPR telah mendapat Pengerusi baru iaitu Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah. Apakah dengan pengerusi baru ini SPR mampu bersikap berkecuali kepada semua pihak? 

5. Melihat kepada latar belakang Pengerusi SPR yang baru, rasanya harapan bagaikan akan tinggal harapan. 

6. Apakah cabaran getir kepada parti-parti politik yang berintegriti dan ikhlas memperjuangkan nasib rakyat, dalam mengharungi medan pilihanraya di Malaysia akan berterusan?
 

No comments: