Followers

Saturday, August 08, 2015

Tuah penerima derma yang kudus!

1. Apa yang sedang berlaku dalam negara kita hari ini bukan sahaja menjadi perbualan rakyat jelata malah seluruh masyarakat dunia memerhati dan menilai.

2. Isu skandal RM2.6 bilion adalah isu besar yang menarik perhatian dan komen seluruh manusia yang waras dan  berintegriti. Ia merupakan sesuatu yang amat memalukan Malaysia.

3. Tiada orang waras akan mengatakan isu RM2.6 bilion itu isu biasa yang tidak perlu dipolitikkan atau sebagai berita biasa yang hanya wajar didengar bagai angin lalu sahaja. Tiada! Ia sesungguh sesuatu isu yang mengejutkan dan sangat besar padahnya kepada negara dari semua segi dan perspektif.

4. Ditambah pula dengan pelbagai isu ketidak-amanahan yang lain yang membabitkan 1MDB baik di Malaysia mahupun di mana sahaja.

5. Tidak keterlaluan kalaulah ada rakyat Malaysia yang rasa malu menjadi rakyat Malaysia pada waktu ini kerana krisis integriti dan amanah ini amat kritikan dan begitu parah sekali berbanding apa yang berlaku di negara-negara lain dalam dunia.

6. Kenyataan yang berbelit-belit dari pelbagai jenis balaci untuk menyelamatkan seorang manusia penerima derma 'bilion-nan' bertaburan di merata-rata bagaikan orang cirit birit mulut. Kejap tak ada wang masuk. Lepas itu ada pula tapi derma.

7. Tak cukup dengan kenyataan berbelit untuk merasionalkan tindakan, penyiasat yang berintegriti pula yang di'kepung', di'henyak' dan di 'tendang' keluar dari ruang penyiasatan. Bimbang sungguh rasanya kalau-kalau ada lagi penyiasat yang 'terpaksa' terjun-tingkap lagi! Diambang menjelang 2020 ini semua kejadian tidak menjadi pelik kerana semua kemungkinan boleh berlaku.

9. Apa dah jadi dengan negaraku Malaysia ini. Sungguh memalukan kerana para pemimpin pilihan rakyat bukan lagi bekerja untuk rakyat terbanyak tetapi setiap hari sibuk mempertahankan seorang penerima derma yang kudus! Tuah kamu!