Followers

Tuesday, July 28, 2015

Najib masih dipuncak. Alahai....

1. Hari ini berlaku satu lagi peristiwa yang menggemparkan arena politik tanah air.

2. Berita gempar yang telah dijangka tetapi tidak diduga ini adalah berita pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Timbalan Perdana Menteri bersama beberapa orang menteri yang lain .

3. Kenapa gempar tapi tidak diduga? Kerana kelihatannya PM Najib begitu tangkas, cepat dan berani bertindak terhadap Muhyiddin Yasin dari Johor dan Shafie Apdal dari Sabah.

4. Apakah Najib tidak berfikir panjang dalam tindakan yang diambil itu? Tidak mungkin, kerana Najib tidak akan berani bertindak sedemikian jika sekiranya beliau tidak mempunyai beberapa biji peluru yang ampuh dalam melancarkan 'serangannya' kepada Muhyiddin Yasin.

5. Sebenarnya Najib telah melancarkan strategi untuk merehatkan Muhyiddin Yassin, jika perlu, dilakukan sejak sekian lama dan semakin jelas apabila usaha menangguhkan Persidangan dan Pemilihan pucuk pimpinan Umno diusahakan dengan jayanya.

6. Hari ini Najib berjaya melakukannya. Muhyiddin Yasin hanya terpaksa redha dengan apa yang berlaku ke atasnya setakat waktu ini.

7. Namun demikian, apa yang menarik selepas ini ialah 'musuh' Najib semakin bertambah. 'Pertempuran' antara Najib dan 'musuh-musuh' nya tidak akan terhenti setakat hari ini. Kelihatannya keadaan akan benar menjadikan, Najib akan benar-benar bertemu buku dengan ruas!

8. Pakatan 2.0 yang fokus berentap dengan Umno/Bn akan terbentuk, Team Tun M rasanya akan bergabung dengan Muhyiddin dan Shafie, manakala PAS juga tidak akan membiarkan peluang berlaku begitu sahaja dalam kemelut yang berlaku dalam politik tanah air ini. Kelincahan semua pihak ini akan dapat diperhatikan sedikit waktu lagi.

9. Yang jelas dan ketara rakyat marhaen akan melopong dan tercengang-cengang dengan nilai RM yang kian jatuh, pengangguran lulusan IPT yang meningkat, kos hidup yaang melonjak, kadar jenayah membimbangkan dan macam-macam lagi.

10. Najib dan Rusmah terus nun di puncak, sambil rakyat terus diarah berkubu nun di bawah. Alahai...sampai bila harus begini?