Followers

Saturday, July 18, 2015

Ahli-ahli bawahan PAS sedang rancak berbincang HARAPAN BARU mereka

1. Ramai ahli PAS kini sedang menunggu pelancaran parti Islam baru yang bakal ditubuhkan tidak berapa lama lagi. Mereka berminat untuk mengetahui lebih terperinci tentang parti baru ini sebelum membuat keputusan muktamat kedudukan mereka dalam PAS.

2. Tinjauan di peringkat akar umbi yang dibuat menunjukkan mereka tidak ambil peduli dan kisan sangat tentang hukum-hukum dan label-label yang dihamburkan oleh para pemimpin baru PAS tentang hasrat mereka jika terpaksa keluar dari parti PAS. 

3.Bagi mereka, hukumlah nak hukum apa pun, labellah nak lebel apapun kerana perangai tersebut bagi mereka sudah menjadi tabiat yang sukar dipisahkan dari mulut para pemimpin sesi baru PAS pusat.

4. Inilah akibatnya kalau mulut sedap melontar kata kepada lawan sesedap rasa. Nasihat-nasihat yang diberikan telah menjadi tawar kerana diperlecehkan oleh ramai ahli.

5. Di sinilah kesilapan para pemimpin sesi baru PAS yang melihat diri sendiri terlalu cerdik dan orang lain bagaikan tiada mampu berfikir rasional. 

6. Pemimpin baru PAS perlu sedar orang zaman sekarang semakin kuat berfikir dan semakin sukar untuk dicucuk hidung tanpa hujah yang munasabah dek akal. Pendekatan hikmah sama ada suka atau tidak, WAJIB menjadi pegangan para pemimpin baru PAS jika hendak bermain politik. 

7. Perangai suka tunjuk pandai walaupun memang betul-betul pandai perlu digunakan dengan secermat mungkin jika mahu orang ikut dan patuh. Jika tidak segala nasihat dan pandangan akan hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Kalau begitu keadaannya tak payah jadi parti politik, cukup sekadar menjadi badan dakwah yang tidak perlu berlawan dalam pilihanraya.

8. Bila masuk pilihanraya maknanya perlu menarik dan menawan hati orang ramai. Kalau dah barua sana, tolol sini, syaitan sana, munafik sini, kurang ajar sana, pengikhianat sini, siapalah agaknya yang nak datang dekat?

9. Akibatnya, tengoklah nanti bila Parti Islam Baru dilancarkan nanti, PAS diharap tidak terkebil-kebil keserabutan kerana di bawah ini ahli-ahli PAS sendiri sedang rancak bercakap dan berbincang HARAPAN BARU mereka.
 

Tuesday, July 14, 2015

Kerana GHB, PAS makin senak perut.

1. Nampaknya PAS semakin kelihatan serabut sebaik GHB dilancarkan kelmarin. Pelbagai nasihat, teguran kepada ahli-ahli PAS dilontarkan agar tidak meninggalkan parti.

2. Pada waktu yang sama perangai melabel tetap memjadi 'pulut' kegemaran beberapa orang pemimpin baru PAS. Islam Progresiflah, Islam ala-Amerikalah, makan dek 'babi'lah dan macam-macam.

3. Kepada pemimpin PAS yang baru menang ni, bawalah bertenang. Sebagai parti yang meraikan demokrasi biarkanlah mereka yang tewas dan penyokong-penyokong mereka nak buat parti Islam baru. Rasanya tak perlu PAS nak risaukan sangat sebab TGHH dah kata mereka yang buat baru akan gagal. So biarkanlah mereka dan penyokong-penyokong mereka nak buat apapun.

4. Lebih baik kepimpinan PAS yang baru, pecat terus mereka serta-merta daripada membuang masa memberi publisiti percuma kepada GHB.

5. Dan lebih baik juga kepimpinan baru bersiap-sedia menghadapi kemungkinan apakah nasib PAS dalam kerajaan Selangor daripada menceceh mempersendakan GHB.

6. Perangai suka memaki, melabel dan menghukum oleh segelintir para pemimpin PAS itu perlulah dihentikan sebelum semakin ramai ahli dan penyokong naik menyampah!

7. Kepada Dr Zuhdi dah-dah cirit birit mulut kerana dibimbangi akan semakin memberi busuk kepada PAS!