Followers

Tuesday, March 17, 2015

DAP jangan terlalu 'keras' membantah pembentangan Enakmen itu.

1. Perkara dasar yang wajar diterima oleh seluruh rakyat Malaysia sama ada secara individu mahu parti politik ialah pekara yang membabitkan akhlak, akidah dan syariat Islam yang lain, hanya orang Islam sahaja yang faham bagaimana cara yang paling tuntas untuk mengatasinya. Lain daripada orang Islam sudah pasti tidak mampu memahami kaedah penyelesaian Islam menurut kehendak Allah Tuhan Yang Esa.

2. Oleh yang demikian, dalam hal Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 yang hanya membabitkan orang Islam rasanya tidak manis, dan pasti nampak gelojoh jika orang bukan Islam terutama parti DAP mendesak untuk tidak dibentangkan dalam DUN Kelantan.

3. Pertama, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan adalah melalui proses demokrasi yang menjadi amalan biasa dalam negara ini sejak merdeka. Pembentangan Enakmen itu tidak menjadi perkara yang luar biasa mengikut amalan demokrasi Malaysia.

4. Keduanya, persoalan undang-undang syariah Islam itu adalah menjadi kehendak kebanyakan atau majoriti penganut Islam dalam melaksanakan tangung-jawab mereka kepada perintah Allah SWT. Ianya termasuk dalam amalan ibadah kepada Allah SWT. Tidak manis menghalang umat Islam melaksanakan pengabdiannya kepada Allah.

5. Ketiganya, sudah banyak kaedah yang dilakukan untuk mengukuhkan disiplin, akhlak, dan tingkah-laku tidak bermoral dan jenayah dalam kalangan umat Islam di Malaysia, namun semua kaedah-kaedah dan cara yang dilakukan selama ini tidak pernah mengatasi masalah-masalah yang berlaku dalam kalangan umat Islam itu. Boleh dikatakan semua undang dan peraturan hampir GAGAL. Kes rogol, zina, mencuri, rasuah dan sebagainya bersepah dan semakin meningkat kadarnya dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Oleh yang demikian tidak salah, malah ia menjadi tuntutan untuk pihak umat Islam yang menguasai kerajaan, yang menjaga rakyat mencuba/menggunakan pula kaedah yang telah diperintahkan oleh Allah sejak dulu lagi.

6. Apabila dijamin bahawa Enakmen tersebut tidak membabitkan orang bukan Islam, kenapa pula DAP yang beria-ia bising dan protes? Apa yang DAP bimbangkan? Soal tepat atau kena masa atau tidak, itu terpulang kepada Kerajaan Kelantan memikirkannya. Sepatutnya DAP harus bersikap adil kepada umat Islam yang mahukan undang-undang Islam itu dilaksanakan dalam kalangan mereka.

7. DAP sekali-kali tidak wajar atau tidak memadai menggunakan alasan kajian Merdeka Center sebagai alasan untuk mendesak pembentangan enakmen itu ditangguhkan di DUN Kelantan malah di Parlimen, kerana kajian itu bukan satu bentuk pungutan suara yang menyeluruh sehingga ianya wajar diterima sebagai begitu sahih. 

8. Di sini nampak dengan jelas bahawa DAP yang begitu ramai para pengamal undang bagaikan tidak memahami hak asasi rakyat beragama Islam yang baik, untuk mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya. Sikap mereka yang seolah-olah menghalang umat Islam yang baik, untuk mengamal ajaran agama yang sahih adalah agak keterlaluan dan tidak adil.

9. Sepatutnya dalam hal ini, selagi Kerajaan Kelantan membawa  proses ini melalui sistem demokrasi yang sedang diamalkan dalam negara ini, DAP hanya wajar memberi pandangan dan memohon jaminan agar ianya tidak dilaksanakan kepada bukan Islam bukan membantah keras hasrat itu.

10. Akhirnya pelaksanaan Enakmen tersebut adalah agenda lama dan berterusan PAS, dan jika Pakatan Rakyat (DAP dan PKR) menganggap ianya bukan dasar Pakatan Rakyat, maka biarkanlah PAS menentukan nasibnya dalam menguruskan hal Enakmen itu bersendirian. Kalau PAS berjaya,berjayalah. Kalau gagal, gagallah! Jadi apa yang menyebabkan DAP begitu sakit?

11. Adalah amat diharapkan agar DAP bersikap lebih rasional dan bertimbang rasa dalam hal ini. Ingatlah, komuniti Islam yang baik, berakhlaq dan berkualiti (tiada jenayah) hasil daripada akur kepada ajaran Islam PASTI menyumbang kebaikan yang banyak kepada negara dan rakyat pelbagai kaum dalam negara ini. Takkan itu DAP tidak mahu!?  Semoga Pakatan Rakyat terus fokus untuk rakyat.


Monday, March 16, 2015

Bukan kami di bawah yang kurang tarbiyyah tapi.....

Dalam menyambut ketibaan Muktamar Agung PAS di Selangor sekitar Jun 2015 nanti:

1. Gendang, tabuh, beduk dan gong telah lama dipalu. Sekali-sekala 'dipalunya' juga kepala orang itu dan orang ini yang kono katanya geng ulama dan gen profesional.

2. Yang terus terlopong buntu dan pilu puak-puak aku di ceruk cawangan-cawangan di bawah ini. Mereka di atas berkelahi ketuk mengetuk, aku dan geng-geng cawangan diarah teruskan  kerja untuk hadapi PRU 14, di arah buat itu dan ini, rancang itu dan ini, cula itu dan ini. Kamu di atas keluarkan berbagai jenis dan macam-macam peluru berpandu berperang sesama sendiri.

3. Hingga hari ini serabutnya PAS masih belum selesai-selasai lagi. Ada yang menyeru itu ini, ada yang diharap berkata sesuatu terus membisu macam kayu. Ada yang rancak melontar kata-kata kasar dan sindir sana-sini. Pendek kata yang pro dah tak macam pro manakala yang ustaz dah mula kelihatan tak macam ustaz, macam budak muda ditepian jalan melalak-melolong dengan bergaia kata yang tidak mampu dinilai lagi. Itulah PAS hari ini.

4. Aku dan geng-geng cawangan di bawah ini bertempek supaya orang di atasa berhenti bertaki itu dan ini, cepat-cepat akan dicap dengan gelaran berbagai...tak pasal-pasal aku dan geng-geng cawangan ini dapat jebon, PASMA, UG dan GU. Punya GAGALnya tarbiyyah PAS selama ini. Di sana-sini bercakap dah tak ada akhlak. Berbeza pendapat sedikit..kena!

5. Tempoh ini, penamaan calon untuk Jawatan Pusat baru dan sedang giat di sana-sini. Ada yang bakal dicalon dan ada yang dah dicalon untuk jawatan-jawatan. Ada yang dicalon tapi belum menjawab apa-apa manakala ada yang belumpun dicalon dah jawab sudi! Begitulah PAS hari ini.

6. Apa dah nak jadi dengan parti Islam ini? Entah...tengoklah sikit lagi! Yang aku tahu tidak pernah dalam sejarah PAS, kami gigih bekerja denganserba kekurangan dibawah ini yang rosakkan PAS, tapi hakikatnya kamu yang katanya alim warak, bijak pandai dan pro belaka yang merosakkan parti!! Teruskanlah kerja buat kamu!

7. Nampaknya bukan kami yang di bawah ini yang kurang tarbiyyah tapi .......