Followers

Saturday, November 07, 2015

Tawaran menarik dari Trengganu tapi tak berapa ada urm!

1. Sekian lama berusaha untuk menguasai Putrajaya bersama namun hingga ke hari ini belum kesampaian maka agaknya pendekatan baru terpaksa diuasahakan.

2. Menguasai Putrajaya melalui PRU nampaknya lambat sehingga  Anwar Ibrahim sendiri terpaksa keluar masuk penjara. Hari ini Anwar masih lagi merengkok dalam penjara dan masih ada berbaki lebih kurang 4 tahun lagi akan berada di dalam. Kalau dah begitu bila boleh kuasai Putrajayanya?

3. Maka pendekatan baru perlu diusahakan. Pendekatan kuasai Putrajaya melalui PRU nampak kurang berkesan dan lambat. Pendekatan yang kelihatan mampu memberi cerah masa depan ialah pendekatan menjadi "Penasihat" kepada kerajaan Najib Rosmah (Kerajaan Umno/BN").

4. Dengan pendekatan ini silap-silap hari bulan, esok terus dapat pejabat khas sebagai Penasihat di Putrajaya! Huhuhu...kan lagi cepat dari duduk yoyayoya dengan puak-puak "gugur setandan".

5. Memang tepat sungguh langkah dan pendekatan baru kerana ... nah engkau, MB Trengganu kita telah pun tawarkan jawatan Penasihat! Kan dah kata ...cepatlah berbanding Putrajaya melalui Pakatan Rakyat ka atau Pakatan Harapan! Pakatan-pakatan ni buat habis ke beras je!

6. Cuma aloh lah...nya bagi Penasihat Peringkat negeri je...bagilah Penasihat di Putrajaya...sedap sikit duduk sebelah pejabat first lady!

7. Kini hanya tunggu  tawaran Najib sahaja lagi dan tunggu jawapan setuju Tuan Haji sahaja untuk mengesahkan segala. Sekian selamat menjadi Penasihat!

8. Cuma terbayang sedikit bagaimanakan anak buat penasihat di bawah ini nak bekerja dalam PRU 14 nanti sebagai anak buah penasihat kepada yang hendak dinasihat itu?

1 comment:

nick said...

Kalau setakat nak jadi "punahsihat", tak perlu le masuk bertanding dalam pilihanraya sebab untuk menjadi penasihat tak perlu menjadi wakil rakyat. Maka seelok2nya PAS pun ditukar menjadi NGO iaitu sebuah badan bukan politik. PAS menjadi OIS iaitu adik beradik kembar kepada OIC yang tadak fungsi mahupun "teloq". PRU14 nanti jangan le ada geng PAS yang dok sebuk nak masuk bertanding DUN dan Parlimen. Jimat duit dan tenaga. Ahli PAS bolehlah lepak2 dan enjoy life sebagai pemerhati pilihanraya dan rakyat pun tak lagi diseksa dengan tindakan u-turn, kenyataan putar-belit dan yang lebih utama, ketidakmampuan serta kemandulan dalam mentadbir negeri atau dalam bahasa kasar makan gaji buta sambil menyusahkan rakyat macam kat Terengganu dan Kelantan sekarang ni!

Nick.
Cape Tiger.