Followers

Monday, August 10, 2015

Siapa gagahi Najib?

1. Kalau diibaratkan fizikal manusia, Najib PM sebenarnya bagaikan telah tidak ada 'tulang belakang' yang seharusnya sudah tidak mampu berdiri lagi. Keadaan beliau diwaktu ini amat kronik dan parah sekali. Namun beliau kelihatan masih mampu ke sana ke mari walaupun keadaan politiknya kelihatan amat keuzururan.

2. Kenapa Najib masih mampu ke sana kemari menjual ubat tidak lakunya? Apa yang menggagahkannya untuk terus menjual ubatnya itu?

3. Kalau direnung secara logiknya, beliau masih mampu ke sana ke mari kerana masih ada yang menggagahkan beliau, yang sanggup menjadi tulang belakang beliau. Soalnya siapakah yang sedang menggagahkan Najib PM hingga kini. Dan sampai bila Najib sanggup digagahi begitu? Najib perlu sedar segera  peranan tulang belakang yang menongkat Najib kini bukannya dari jenis kuat dan kukuh sangat pun. Bila-bila masa boleh patah dan serpih! Kalau tulang belakang itu takdirnya patah dan serpih seminggu dua ini, orang yang paling menderita sakit ialah Najib sendiri.

4. Oleh yang demikian Najib seeloknya berhentilah daripada terus menjual ubat ke serata tempat.Makin dipromosi makin 'getik' teman melihatnya.

4. Bukan sahaja di Malaysia seluruh dunia telah serabut dengan jual ubat yang Najib lakukan kerana ubat yang Najib jual bukan sahaja rakyat umum tak mahu beli, ahli Umno pun pandang tak lalu. Mereka tahu kini apa yang Najib syur pun pasal ubat dia tetap tak jalan kerana mungkin dah banyak terbukti ubat yang dijual adalah ubat palsu semata-mata. Semalam orang itu dah kata 'bullshit', dah nak laku macam mana ubat Najib.

5. Nampaknya sudah sampai masa Najib buat keputusan sendiri dan jangan harap lagi kepada orang yang menggagahinya itu terus mampu menggagahkan beliau. Lebih baik buat keputusan pergi berjumpa dan jaga cucu daripada terus mengelentong berbagai!

6. Cukuplah Najib membiarkan dunia mentertawakan Malaysia. Malu rakyat Malaysia, hilang kemaluan habis dibuatnya!

No comments: