Followers

Tuesday, July 14, 2015

Kerana GHB, PAS makin senak perut.

1. Nampaknya PAS semakin kelihatan serabut sebaik GHB dilancarkan kelmarin. Pelbagai nasihat, teguran kepada ahli-ahli PAS dilontarkan agar tidak meninggalkan parti.

2. Pada waktu yang sama perangai melabel tetap memjadi 'pulut' kegemaran beberapa orang pemimpin baru PAS. Islam Progresiflah, Islam ala-Amerikalah, makan dek 'babi'lah dan macam-macam.

3. Kepada pemimpin PAS yang baru menang ni, bawalah bertenang. Sebagai parti yang meraikan demokrasi biarkanlah mereka yang tewas dan penyokong-penyokong mereka nak buat parti Islam baru. Rasanya tak perlu PAS nak risaukan sangat sebab TGHH dah kata mereka yang buat baru akan gagal. So biarkanlah mereka dan penyokong-penyokong mereka nak buat apapun.

4. Lebih baik kepimpinan PAS yang baru, pecat terus mereka serta-merta daripada membuang masa memberi publisiti percuma kepada GHB.

5. Dan lebih baik juga kepimpinan baru bersiap-sedia menghadapi kemungkinan apakah nasib PAS dalam kerajaan Selangor daripada menceceh mempersendakan GHB.

6. Perangai suka memaki, melabel dan menghukum oleh segelintir para pemimpin PAS itu perlulah dihentikan sebelum semakin ramai ahli dan penyokong naik menyampah!

7. Kepada Dr Zuhdi dah-dah cirit birit mulut kerana dibimbangi akan semakin memberi busuk kepada PAS!

2 comments:

Anonymous said...

Jika pecat simpati rakyat akan meningkat... GHB dapat nama, PAS akan bertambah duka.... jadi berhati-hati bila berkata2 dan bertindak.

Anonymous said...

betul tu. walau pun baru bergelar janda, sudah pun hampir disunting oleh dap

wow. tahniahlah buat si geli hati