Followers

Saturday, July 18, 2015

Ahli-ahli bawahan PAS sedang rancak berbincang HARAPAN BARU mereka

1. Ramai ahli PAS kini sedang menunggu pelancaran parti Islam baru yang bakal ditubuhkan tidak berapa lama lagi. Mereka berminat untuk mengetahui lebih terperinci tentang parti baru ini sebelum membuat keputusan muktamat kedudukan mereka dalam PAS.

2. Tinjauan di peringkat akar umbi yang dibuat menunjukkan mereka tidak ambil peduli dan kisan sangat tentang hukum-hukum dan label-label yang dihamburkan oleh para pemimpin baru PAS tentang hasrat mereka jika terpaksa keluar dari parti PAS. 

3.Bagi mereka, hukumlah nak hukum apa pun, labellah nak lebel apapun kerana perangai tersebut bagi mereka sudah menjadi tabiat yang sukar dipisahkan dari mulut para pemimpin sesi baru PAS pusat.

4. Inilah akibatnya kalau mulut sedap melontar kata kepada lawan sesedap rasa. Nasihat-nasihat yang diberikan telah menjadi tawar kerana diperlecehkan oleh ramai ahli.

5. Di sinilah kesilapan para pemimpin sesi baru PAS yang melihat diri sendiri terlalu cerdik dan orang lain bagaikan tiada mampu berfikir rasional. 

6. Pemimpin baru PAS perlu sedar orang zaman sekarang semakin kuat berfikir dan semakin sukar untuk dicucuk hidung tanpa hujah yang munasabah dek akal. Pendekatan hikmah sama ada suka atau tidak, WAJIB menjadi pegangan para pemimpin baru PAS jika hendak bermain politik. 

7. Perangai suka tunjuk pandai walaupun memang betul-betul pandai perlu digunakan dengan secermat mungkin jika mahu orang ikut dan patuh. Jika tidak segala nasihat dan pandangan akan hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Kalau begitu keadaannya tak payah jadi parti politik, cukup sekadar menjadi badan dakwah yang tidak perlu berlawan dalam pilihanraya.

8. Bila masuk pilihanraya maknanya perlu menarik dan menawan hati orang ramai. Kalau dah barua sana, tolol sini, syaitan sana, munafik sini, kurang ajar sana, pengikhianat sini, siapalah agaknya yang nak datang dekat?

9. Akibatnya, tengoklah nanti bila Parti Islam Baru dilancarkan nanti, PAS diharap tidak terkebil-kebil keserabutan kerana di bawah ini ahli-ahli PAS sendiri sedang rancak bercakap dan berbincang HARAPAN BARU mereka.
 

5 comments:

Hasnal Bakiyah said...

Ingin jadi ahli baru dlm HARAPAN BARU

Sham TM said...

Ramai yang bertanya kenapa PAS yang cuma selangkah saja lagi untuk menemui dataran yang rata yang subur setelah penat mendaki, tiba-tiba PAS menarik gear reverse.

PAS telah tergelincir semula ke bawah yang memerlukan masa yang cukup lama untuk naik kembali itupon masa tergelincir tadi masih ada nyawa.

Silap haribulan mampos terus.

Sekian, terima kasih.

Hamba Allah said...

Ya BETUL...PAS sekarang tak ubah macam Parti Ajaran Syiah..makihamun, cacimaki, propaganda dah jadi budaya baru PAS. Kami takut seorang lagi "Khameini" dilahirkan oleh PAS. PAS tak usah takut dengan G18 kerana PAS sekarang dah kuat. PAS tak ada GHOUT jadi senang nak guna lutut, jangan guna lutut untuk berfikir udahler. Selamat Tinggal PAS. Sayonara!

ahmad bakar said...

Dah kalah dalam pertandingan..kutuk parti sendiri dan nak tubuh parti baru.... berjuang untuk apa tu..untuk islam yang lebih baik? mana ada orang kecewa berjuang untuk yang lebih baik? mana-mana penyokong yang sekata dengan G18 tu..., menunjukkan pengikut yang mudah di cucuk hidung je...

Anonymous said...

ahli yg profesional tu jgn fikir2 lagi

takan tkade maruah kot masih dok dlm PAS sedangkan anda
adalah jebon2 jantan dan betina yg tidak dikehendaki

klu dh bukan ust tu jgnlah nk tunjuk pandai (walaupun memang pandai)
dlm PAS, meluat UG tengok anda tau. PAS parti islam tau, bukan
parti profesional. so yg takde kelulusan agama tolong ketepi.

mari ramai2 masuk GHB. anda diraikan. fikiran anda dihargai. kerja
anda dinilai. dan yg penting maruah anda tidak akan dijebon2kan
sesiapa.

PAS selepas ini pun tkkan aman, terus gelora. golongan 'ulamak' muda
tk sabar2 nk teraju PAS. ulamak2 tua akan dipinggirkan jua. sementara
hadi jadi presiden mereka wala' la. lepas terpinggir nnti, bayang
hadi pun mereka tk minat nk tgk.

ucapkan selamat tinggal pada PAS. takbir sekali sebelum meninggalkan PAS