Followers

Saturday, March 07, 2015

Prasangka di sana-sini dan keadaan semakin menjadi tidak seronok.

1. Parti ini (PAS) harus ditenangkan kembali dengan seberapa segera. Maka itu para pemimpin atasan perlu membuat tindakan untuk menenangkannya.

2. Semakin dekat dengan musim Mesyuarat Agung Kawasan , keadaan di bawah ini juga hiruk-pikuk dengan pelbagai tuduhan, prasangka, cop dan gelar-menggelar.

3. Apa yang membimbangkan bukan sahaja pemimpin atasan yang cirit-birit mulut malah para pemimpin dalam kawasan pun telah mula dikesan ramai yang cirit-birit mulut. Bimbang dalam keadaan cirit-birit mulut yang berjangkit dari atas ini, akhirnya nanti akan mencetuskan pula keadaan berlengan dan bersiku sesama sendiri. Potensi ke arag itu nampaknya cerah untuk terjadi.

4. Di bawah ini tidak boleh tersalah cakap sikit, tidak boleh tersilap arah sedikit, maka akan ada yang menjadi batu api untuk membuat analisis prasangka yang bukan-bukan. Keadaan ini seolah-olah memberi natijah hanya inilah kejayaan tarbiyyah PAS selama ini. Sedih!

5. Hari ini bukan lagi isu pelaksanaan hudud, GST, keadilan undang-undang, harga barang dan minyak yang diperbincangkan tetapi sebaliknya yang menjadi isu hanya di sana-sini adalah isu Jebon, JIM, PAS asli, PAS tidak asli, tolak ulama, tolak profesional, syiah, kurang ajar, pengkhianat, kemenangan PRU tidak penting dan macam-macam lagi yang cukup menserabutkan kepala otak.

6. Hasil dari semua itu menguruskan Mesyuarat Kawasan semakin menjadi sukar dan menakutkan. Silap-silap hari bulan jika kurang kesabaran akan nanti dapatlah didengari berita kerusi meja melayang ikut atas kepala. Mudah-mudahan tidak!

7. Suasana tegang ini semakin aku rasai di bawah ini. Entahlah keadaan semakin menjadi tidak seronok.

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

....


UMNO Makin BUSUK - 5 Pemimipin Kanan PR Juga Akan DiPENJARA?

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskan Dan Pembunuh Antartuya DiTANGKAP!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<



UMNO Parti Penjara - Anak Muda Makin Sayang PAS, PKR, DAP..

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<