Followers

Monday, March 16, 2015

Bukan kami di bawah yang kurang tarbiyyah tapi.....

Dalam menyambut ketibaan Muktamar Agung PAS di Selangor sekitar Jun 2015 nanti:

1. Gendang, tabuh, beduk dan gong telah lama dipalu. Sekali-sekala 'dipalunya' juga kepala orang itu dan orang ini yang kono katanya geng ulama dan gen profesional.

2. Yang terus terlopong buntu dan pilu puak-puak aku di ceruk cawangan-cawangan di bawah ini. Mereka di atas berkelahi ketuk mengetuk, aku dan geng-geng cawangan diarah teruskan  kerja untuk hadapi PRU 14, di arah buat itu dan ini, rancang itu dan ini, cula itu dan ini. Kamu di atas keluarkan berbagai jenis dan macam-macam peluru berpandu berperang sesama sendiri.

3. Hingga hari ini serabutnya PAS masih belum selesai-selasai lagi. Ada yang menyeru itu ini, ada yang diharap berkata sesuatu terus membisu macam kayu. Ada yang rancak melontar kata-kata kasar dan sindir sana-sini. Pendek kata yang pro dah tak macam pro manakala yang ustaz dah mula kelihatan tak macam ustaz, macam budak muda ditepian jalan melalak-melolong dengan bergaia kata yang tidak mampu dinilai lagi. Itulah PAS hari ini.

4. Aku dan geng-geng cawangan di bawah ini bertempek supaya orang di atasa berhenti bertaki itu dan ini, cepat-cepat akan dicap dengan gelaran berbagai...tak pasal-pasal aku dan geng-geng cawangan ini dapat jebon, PASMA, UG dan GU. Punya GAGALnya tarbiyyah PAS selama ini. Di sana-sini bercakap dah tak ada akhlak. Berbeza pendapat sedikit..kena!

5. Tempoh ini, penamaan calon untuk Jawatan Pusat baru dan sedang giat di sana-sini. Ada yang bakal dicalon dan ada yang dah dicalon untuk jawatan-jawatan. Ada yang dicalon tapi belum menjawab apa-apa manakala ada yang belumpun dicalon dah jawab sudi! Begitulah PAS hari ini.

6. Apa dah nak jadi dengan parti Islam ini? Entah...tengoklah sikit lagi! Yang aku tahu tidak pernah dalam sejarah PAS, kami gigih bekerja denganserba kekurangan dibawah ini yang rosakkan PAS, tapi hakikatnya kamu yang katanya alim warak, bijak pandai dan pro belaka yang merosakkan parti!! Teruskanlah kerja buat kamu!

7. Nampaknya bukan kami yang di bawah ini yang kurang tarbiyyah tapi .......


1 comment:

Anonymous said...

Aku orang bawahan orang suruhan orang yang selalu tebang buluh untuk buat tiang bendera sama ada untulk PRU atau untuk ceramah tapi apa yang aku dapat hanya letih dan penat atas sebab hati yang ingin melihat islam itu ditegakkan oleh pemimpin yang kami fikir boleh guna otak dal akal tapi sebaliknya yang berlaku mengaku ulama tapi maki sesama sendiri dalam parti mengaku propofesional tapi asyik berebut jawatan bukanya memikir untuk meringankan beban rakyat apakah pemimpin atasan PAS telah hilang daya ingatan dengan janji yang telah disumpahkan semasa menerima untuk menjadi pemimpin.Sila jawab jika tidak tunggulah akan banyak lagi orang bawahan sana akan ikut jejak AJK Batu dan jika penyokong gila dan pengammpu yang suka dan gembira ahli yang dianggap telah dihasut oleh gabungan PR yang menjadi musuh PAS maka bergembiralah dan kita tunggu dan lihat berapa ramai yang tinggal dalam PAS bila dibuat cula PRU14 nanti.