Followers

Monday, February 09, 2015

Mekanisma mencampak 'lawan' ke laut sedang berlangsung dalam PAS sekarang!

Nampaknya semakin dekat dengan Muktamar Agung PAS dalam bulan Jun nanti keadaan dalam parti PAS semakin gawat dan kecoh. Kekecohan di atas telah merebak ke bawah dengan perpecahan yang merupakan retak menunggu belah. Pemimpin di atas bergaduh dan sindir menyindir begitu juga ahli-ahli di bawah cuma hanya belum bersingsing lengan sahaja lagi. Mungkin sedikit lagi akan begitu kot? Keadaan dalam PAS pada masa ini memang sungguh tidak terkawal. Pagi tadi sahaja aku terpaksa 'menghentikan' perbalahan whatasp antara AJK kawasan dalam kawasan ini. Adoi pening sungguh PAS kalau begini!

Masalahnya sekarang pemimpin atasan kata mereka terpaksa memberhentikan pelayaran kapal PAS seketika yang sedang dilambung ombak dan badai untuk menenangkan keadaan tetapi mengapa para pemimpin PAS tidak mengusahakan bersungguh-sungguh menghentikan atau menyelesaikan perbalahan dalam PAS yang semakin kritikal dan kian 'brutal' kini?

Perdebatan dan perbalahan telah penuh dengan maki hamun kasar, gelar menggelar, sindir menyindir, cop mengecop, tepuk meja, jika dirasakan tersalah bagi pandangan akan dihalau keluar dari parti ini dan sebagainya menjadikan semakin hilang akhlaq ahli dan para pemimpin parti  Islam ini. Malu sungguh aku rasanya. Mana tak malu bila ku baca dan dengar makian, jebon, kepala bungkus serban, zionis, munafik haraki, babi, binatang, yahudi,haramjadah, laknat telah menjadi ratib puak-puak yang asyik bertengkar dan bertaki sesama sendiri mempertahankan puak-puak masing-masing! 

Hilang tarbiyah parti, hilang akhlaq berparti, hilang rukun jemaah ajaran, hilang kasih sayang berparti...telah hilang semua itu kini! Sedih sangat rasanya!

Hingga kini para pemimpin tidak pun mengambil langkah perdamaian cuma hanya membiarkan anak-anak buah mereka turut berkelahi sakan di atas kapal yang sedang diberlabuh dalam badai. Agaknya mereka mengharap kuncu-kuncu masing akan berusaha gigih membuang atau mencampak puak-puak yang bertentangan dengan mereka ke laut. Nampaknya itulah jalan penyelesaian yang dibuat oleh para pemimpin atasan PAS kini.

Jadi mana-mana pihak dalam PAS bersedialah untuk dicampak ke laut bila-bila masa mulai sekarang kerana itulah mekanisma penyelesaian kemelut dalam PAS yang sedang diusahakan pada masa ini!

 

No comments: