Followers

Monday, February 23, 2015

Bapak-bapak berhentilah tebuk kapal, kami pening!

1. Apa yang nyata hari ini para ahli PAS di bawah ini semakin hari semakin pening. Mereka pening kerana mungkin terus 'mabuk laut' dek kerana para pemimpin atasan nun di atas sana berpesan kepada mereka yang di bawah jangan tebuk kapal!

2. Tertanya-tanya kami di bawah ini, "bila pula kita tebuk kapal ni?".

3. Apa yang kami nampak dan yang disaksikan kepada kami, para pemimpin di atas sana yang sedang bertingkah lengan berusaha menebuk kapal. Yang sebelah kanan sedang menebuk di sebelah kanan manakala yang sebelahh kiri pula sedang menebuk di sebelah kiri!

4. Maka itu kenapa pula kami yang di seru jangan menebuk kapal? Sepatutnya kami yang menyeru kepada 'bapak-bapak' di atas sana janganlah zalimkan kami dengan menebuk kapal kesayangan kami ini. Tolonglah!!!!

5. Kalau "bapak-bapak" yang di sebelah kanan dan yang disebelah kiri kami tak boleh harap lagi untuk berhenti daripada menebuk kapal, kami nak harap kepada siapa lagi? 

6.Tidak rasa berdosakah "bapak-bapak" semua kerana di waktu ini dah ada yang di bawah ini dah mula nak terjun kapal atau "bapak-bapak' sebenarnya memang suka mereka terjun? 

7. Atau kerana tingkah-laku "bapak-bapak" semua, kami akan turut karam dengan terpecahnya kapal ini pada sekitar bulan Jun nanti?


1 comment:

5sal said...

inilah natijahnya kalu bapak2 atas sana tu 1 telinga ,2 lidah teguran dari anak2 akaq umbi tak layan.nasihat bapak2 atas sana agar umbi jangan pertikaikan bapak2 atas sana keluar arahan pasti dan kena ikut,bila tak ikut nanti dicop tak wala'.bila ikut seolah2 hidung anak2 akar umbi ducucuk ikut kemana hendah ditarik tanpa banyak soal.tahukah bapak2 atas sana berdirinya bapak2 atas sana adalah hasilundi dan sokong yang tak belah bagi kpd bapak2 sekelian.jadi anan2 akar umbi harap jangan khianati kami!seandai bahtera karam biarlah bapak2 atas sana lemas dalam bahtera tu.kami anak2 akar umbi tak nak lemas bersama2 bapak2 atas sana.kami akan mencari bahtera lain, yang lebih kukuh agar dapat belayar mengikut haluan yang betul.