Followers

Monday, December 15, 2014

Nampaknya keadaan semakin sakit.

Selepas tamat Muktamar di Batu Pahat tempoh hari aku terhenti menulis di blog ini. Bukan apa, cuma tersentak sedikit dengan apa yang berlaku semasa majlis penutupan muktamar tempoh hari. Tambah-tambah lagi terkejut apabila melihat keadaan ahli-ahli bawahan di cawangan-cawangan riuh rendah dengan pelbagai ulasan yang pro dan kon terhadap apa yang berlaku pada waktu itu. 

Senak juga kepala apabila aku sebagai pemimpin kecil cawangan mendengar pelbagai rungutan ahli-ahli bawahan yang kadang-kadang tak sanggup untuk didengar dek telinga nipis aku ini. Akhirnya keputusan yang aku ambil membungkamkan mulut dan memekakkan telinga sambil tidak mampu menahan susah hati mengenangkan musibah yang menimpa parti yang aku cintai ini.

Sehingga hari ini, ahli-ahli bawahan masih lagi dengan pelbagai kerenah yang sukar dipujuk dan sukar disuap dengan pelbagai alasan. Telah ramai yang mengundur diri, mendiamkan diri dan menjauhkan diri.

Di kedai-kedai kopi ahli-ahli parti 'berperang' sesama sendiri sambil menyerang para pemimpin-pemimpin PAS yang mereka tidak setuju angin. Keadaan dan pertempuran sesama ahli semakin parah dalam whatsasp sesama mereka. Hal ini bukan sahaja membabitkan ahli yang tidak gemarkan tarbiyyah malah ahli-ahli veteran dan yang tegar tarbiyyah pun sama berkelakuan pelik iaitu semakin memencilkan diri dan merajuk berbagai. Kadang-kadang aku berkata-kata sendirian, yang tidak gemar tarbiyyah tak peliklah berkelakuan begitu tapi penyakit maki hamun, memencil dan merajuk dengan tugas parti juga menyerang mereka yang tegar tarbiyyah. Apa dah jadi dengan tarbiyyah ni? Adohai...pening aku dengan keadaan parti hari ini!

Hari ini ahli-ahli bawahan baik yang gemar atau yang tidak gemar tarbiyyah cukup sukar untuk diajak ke program tarbiyah dan cukup sukar untuk diajak bekerja untuk parti. Alasan yang mereka berikan PAS semakin sukar untuk menang piliharaya!

Kerja-kerja parti mencurah-curah turun dari atas, itu dan ini namun akhirnya aku dan dua tiga orang 'sikerdil' jugalah yang terpaksa membuat semua kerja dan tindakan parti tersebut. Kalau untuk PRU 14, untuk PRU 14 lah...... nampaknya sah memang sukar untuk untuk kurangkan majoriti apatah lagi untuk menang. Umno semakin ketawa dan gelak sakan melihat dua tiga orang PAS terhegeh-hegeh tanpa dipedulikan orang berkerja di kampung-kampung! Huhuhu....! Apa sahajalah!