Followers

Sunday, September 21, 2014

Selepas muktamar, pertembungan dalam PAS semakin membarah?

1. Setelah pulang dari memerhati muktamar ke 60 itu, sebagai ahli kerdil di bawah sana, ada beberapa kesimpulan yang boleh aku buat.

2. Nampaknya kemelut persaingan dan pertembungan dalam PAS tidak akan selesai dengan mudah sebaik tamatnya muktamar itu.

3. Apa yang jelas, perbezaan pandangan bukan semakin mengecil namun sayup-sayup dihati kecil ini, aku dapat rasanya ianya semakin menjarak dan membarah.

4. Dapat dirasakan, kedua-dua pihak yang bertembung dalam PAS kini, bagaikan boleh berpatah arang berkerat rotan! Inilah 'gelombang' yang aku dapat rasakan....Cuba kita perhatikan sedikit masa lagi, betul atau tidak? Semoga apa yang aku rasa ini tidak menjadi kenyataan.

5. Aku menjangka jugak dalam minggu ini atau penghujung minggu ini, keadaan retak dalam PAS ini akan semakin menampakkan belahnya. Mengapa? Entahlah...Semoga tidak!

6. Bagi aku ucapan penggulungan Tuan Guru Presiden macam tidak menyelesaikan masalah perbezaan dan pertembungan dalam PAS kecuali semakin menjarak dan merenggangkan. Semoga tidak.... dan...

7. Cuma sedikit harapan yang amat tipis yang tinggal, semoga semua ahli dan para pemimpin, dapat menyerap segala ketidakpuasan hati selama yang boleh dan agar dapat terus menahan kesabaran! 

8. Masalahnya, sejauh mana perkara itu dapat dilunaskan? Terpulang kepada masing-masing! Jika tidak...yang berkemungkinan besar terus terjadi, parti ini akan terus berantakan sebelum pecah dihempap badai!