Followers

Wednesday, August 20, 2014

Berhentilah bersikap gatal mulut dan tangan!

1. Nampaknya masih terdapat para pemimpin PAS yang bertaraf para pemimpin dan cerdik pandai peringkat tinggi yang bersikap bodoh sombong!

2. Aku mengatakan mereka bersikap bodoh sombong kerana pelbagai ulasan, analisis konon dan kritikan yang dihamburkan terhadap keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat PAS pada 17 Ogos yang lalu. 

3. Apa yang hendak dianalisis, dikritik dan dihentam lagi, kerana bagaimana pun keputusan yang dibuat pada hari itu adalah keputusan yang diputuskan secara berjemaah.

4. Mengapa harus ada sindirian konon ada pemimpin tertentu yang menguasai mesyuarat atau konon TGHH dikuasai oleh golongan tertentu? Ulasan seumpama ini sebiji bunyinya macam ulasan yang dibuat oleh Umno musuh politik yang banyak menindas PAS!

5. Apa yang sepatutnya berlaku dengan keputusan yang dibuat oleh PAS itu semua pihak harus memberi sokongan dan yakin dengan alasan-alasan ikhlas yang diberikan oleh para pemimpin PAS yang bermesyuarat. Mengapa masih ada para pemimpin lain yang diluar jawatankuasa pusat yang hendak tunjuk pandai?

6. Kita telah serah mandat kepada jawatankuasa pusat untuk buat keputusan yang telah difikirkan dengan merujuk kepada panduan yang syarie, terima sahaja keputusan itu.

7. Janganlah meneruskan ulasan dan komen-komen ke arah perpecahan di dalam parti kerana yang akhirnya bukan Islam yang rugi tetapi parti PAS yang mahu memperjuangkan Islam itu sendiri yang rugi!

8. Bagi aku walaupun dikatakan keputusan PAS itu lambat atau lembab namun ia adalah keputusan yang penuh berhikmah, berakhlak dan bertanggung-jawab. Sebagai parti Islam, PAS tidak perlu gopoh seperti mana parti lain. PAS tidak perlu mengikut rentak parti lain. PAS ada cara bertindak sendiri yang parti lain wajib tahu apabila mereka mahu melakukan sesuatu.

9. Tindakan TGHH menyokong TSKI sebelum dipecat PKR adalah betul. Tindakan TGHH bersama jawatankuasa pusat tidak menyokong TSKI selepas dipecat oleh PKR adalah juga betul. Tindakan TGHH bersama jawatankuasa pusat untuk terus bersama PR pun betul. TGHH dan jawatankuasanya tidak perlu hipokrit dalam menyatakan pandangannya sebagai orang yang memimpin PAS.

10. Yang menjadi masalahnya kini ada dalam kalangan para cerdik pandai PAS sendiri yang masih gatal mulut, gatal tangan tunjuk cerdik seorang diri, untuk meneruskan polimik terhadap keputusan yang telah dibuat dengan menggunakan media musuh dan media sosial!

11. Kalau mereka ini tidak bersetuju sangat dengan apa yang ada dan berlaku dalam PAS hari ini kerana menyertai Pakatan Rakyat gunakan saluran muktamar dengan mengemukakan alasan kukuh, kontrik dan syarie buat usul agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan buang segala aliran-aliran yang konon sedang menguasai PAS, serta pecat seberapa ramai ayam sabung yang dikatakan menguasai PAS bukan menceceh dalam media sosial dan media musuh! Kenapa orang cerdik mesti menjadi bagaikan orang bodoh dalam membuat tindakan?

12. Aku dan kawan-kawan sebagai orang bawahan hari ini sedang bertungkus lumus mengajak rakyat menyokong perjuangan PAS, melaksanakan tarbiyah, latihan buat para ahli bawahan, melakukan kerja-kerja persediaan pilhanraya dan macam-macam lagi tanpa mengenal putus asa, orang-orang di atas yang boleh dikatakan cerdik dan bijak belaka, asyik menghasut dan menghuru-harakan fikrah ahli dengan pelbagai komen dan analisis (konon) yang mengarut!!!

13. Sudah-sudahlah bersikap pandai tidak bertempat itu dan gatal mulut dan tangan dengan komentar yang mampu memecah belahkan jemaah. Akurlah dengan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan TGHH hari ini. Apa yang perlu dilakukan kini perkasa peranan PAS dalam Pakatan Rakyat dengan melahirkan ramai para pemimpin PAS yang bertaraf kebangsaan yang boleh diterima oleh semua kaum dan  persetankan sebarang provokasi agen-agen Umno/Bn atau kalau masing-masing nak tunjuk cerdik sangat terjunlah dari bahtera ini! Terjunlah tengok!


Sunday, August 17, 2014

Aku bersama pemimpin jemaahku.

Apa sahaja keputusan mereka aku akan sertamerta akur dengan keputusan itu  kerana sju yakin keputusan yang dikeluarkan itu adalsh keputusan jemaah.

Jom kita terus bekerja untuk tingkatkan pencapaian politik dan dakwah PAS dalam masyarakat berbilang kaum dalam negara ini.