Followers

Friday, August 15, 2014

Tinggal lebih kurang satu hari setengah sahaja lagi -bersedialah kita untuk melihat Abu atau Arang!

1. Sama ada kerajaan Pakatan Rakyat akan terus timbul atau tenggelam di Selangor masih belum jelas. Yang jelas nampaknya keadaan kelam-kabut terus menguasai keadaan.

2. Dalam media sosial pelbagai ulasan dan analisis dikemukakan. Ada yang sayangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan berharap ianya tidak ghuyup. Malah ada juga yang tak kisah kalau ghuyup pun...lantaklah! Yang lebih bahaya ada yang sedang memerhati, macam relek je tetapi mata tidak berkelip sambil menunggu masa untuk "Ngap!".

3. PAS sebuah parti Islam akan hanya memutuskan pendiriannya pada 17hb iaitu Ahad ini. Inilah adegan yang membuat keadaan semakin suspen dan mencetus penasaran dalam kalangan ramai orang dari PKR, DAP, malah ADUN, AJK dan ahli-ahli PAS sendiri.

4. Yang sering diseru aialah sabar....sabar...sabar!! Yang akur terus diam membisu, yang tidak berapa nak boleh bersabar udah mula mahu menghayun langkah sambil mengetap-ngetap bibir. 

5. Yang pasti akibat dari suasana ini ada yang sabar dan ada sudah mula hilang sabar. Yang pasti lagi soheh dari suasana ini, akan pastilah ada yang bakal menjadi mangsa...mangsa keadaan sama ada diambil tindakan atau mengambil tindakan.

6. Maknanya 'huru-hara' akan terus berlaku. Macam aku cakap dahulu aku tak kisah sangat huru-hara dalam PR walapun masih merasakan PAS perlu sangat berada dalam PR buat masa ini walau apa pun keadaan, tetapi yang lebih gerun dan berpanjangan huru-haranya ialah huru-hara dalam PAS itu sendiri, yang aku rasa inilah yang paling menyakitkan nanti! 

7. Dari isu MB Selangor ini aku dapat rasakan, 'huru-hara' dalam PAS nanti akan lebih berpanjangan dan melarat-larat hinga ke muktamar pusat tahun depan dengan senjata lama dihunuskan kembali...'ulama vs profesional' yang kerana inilah sebenarnya PAS hari ini menjadi begini..!!

8. Sebab apa huru-hara ini berlaku? Inilah yang susah nak cakap apabila berada di dalam PAS pada waktu ini (waktu isu ulama vs pro ini) kerana kadang-kala berbeza pendapat dan pandangan boleh dianggap tidak wala, malah ada yang kata 'haram'! Sesuatu yang menggerunkan! Ya tak ye diam dulu dan tengoklah dahulu siapa yang jadi abu dan yang mana bakal menjadi arang!

9. Jom kita tengok...sapa yang kena !!(kata berahim pendek!). Jangan aku yang kena sudah....