Followers

Sunday, July 06, 2014

Statement basi!

Konon cuba  menunjukkan integriti! Apakah integriti ini menjadi amalan kabinet R-N ini selama ini? 

Amboi...tidak adil kepada pegawai berkenaan.....konon ini berkaitan dengan keadilan....keadilan bukan hanya kepada mangsa tapi juga kepada tertuduh.....! Tahik!

Dipetik dari Malaysiakini:


Menteri: Jangan adili Rizalman di media



Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta kes Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual di New Zealand tidak diadili di 'mahkamah media dan umum.'

Beliau berkata tindakan itu tidak adil kepada pegawai berkenaan dan keluarganya sebelum mahkamah membuat keputusan.

"Kes ini tiada kaitan dengan polemik, geopolitik atau hubungan dua hala.

"Ini berkaitan keadilan... keadilan bukan hanya kepada mangsa tetapi juga kepada tertuduh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat di Seri Bendahara hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Hishammuddin juga berkata kerajaan akan membantu melantik peguam bagi membolehkan Muhammad Rizalman mendapat pembelaan yang adil.

"Pulangnya (Muhammad Rizalman) ke New Zealand akan bersama pegawai dari pihak Angkatan Tentera Malaysia, seorang peguam yang kita akan bantu lantik dan pegawai-pegawai dari Pejabat Peguam Negara," katanya.

Muhammad Rizalman, 38, bekas pembantu staf pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang wanita 21 tahun pada 9 Mei lepas.