Followers

Thursday, May 01, 2014

Buatlah apapun, kebangkitan Islam adalah bagaikan air sungai yang mengalir....

Tok Guru Nik Aziz pernah berkata, kebangkitan Islam tidak boleh dihalang. Buatlah apa pun, ia adalah bagaikan air sungai yang mengalir deras. Semakin ianya ditahan, dihalang semakin ianya meluncur deras.

Justru itu tangkaplah siapa pun, fitnahkanlah siapapun, penjarakanlah siapapun, bunuhlah siapapun...mereka yang mencintai Islam dan keadilan serta keselamatan hidup di dunia dan akhirat, Islam akan terus bangkit menjulang risalah Ilahi. Ini berlaku diseluruh di mana-mana.

Hari ini banyak pihak yang mengatakan sistem Islam tidak memberi keadilan dalam keadaan Islam itu sendiri tidak mereka berikan ruang dan keadilan. Mereka mengatakan Islam menindas dalam keadaan mereka sebenarnyalah yang menindas Islam.

Apakah tekanan mereka ini akan menjadikan pergerakan dakwah Islam terhenti dan kaku? Kalau mereka merasakan begitu, mereka sebenarnya sedang membuat kesilapan.

Marilah kita lihat apakah kuncu-kuncu mereka itu akan menekan anak-anak muda yang sedang berhimpun di tengah-tengah ibu kota kini demi menentang GST dan memperjuang keadilan hidup?


Mesir teruskan hukuman gantung
1 Mei 2014

KAHERAH - MESIR. Kementerian Kehakiman kelmarin mempertahankan keputusan mereka, sekali gus menolak reaksi masyarakat negara antarabangsa berhubung keputusan menjatuhkan hukuman mati ke atas 683 penyokong Ikhwanul Muslimin (IM) termasuk Mursyidul Am, Mohamed Badie.

Mereka turut menganggap bantahan besar-besaran dilakukan orang awam yang kononnya sebagai tindakan tidak boleh diterima.

Dalam satu kenyataan, peguam mendakwa, Hakim Saeed Youssef terlalu tergesa-gesa kerana hanya mengambil masa kurang daripada lima minit untuk membuat keputusan itu.

Sebelum ini, beliau pernah dikritik kumpulan hak asasi manusia kerana enggan mendengar sebarang hujah pembelaan ketika prosiding perbicaraan yang menyaksikan 529 penyokong IM dijatuhi hukuman mati.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan keputusan itu sebagai keterlaluan manakala Washington mendakwa ia sebagai hukuman yang melanggar piawaian asas dalam sistem keadilan antarabangsa.

Di bawah undang-undang Mesir, hukuman mati hanya boleh diputuskan selepas mendapat nasihat daripada Mufti Besar Al-Azhar.

Isnin lalu, sebuah mahkamah di selatan Minya turut menarik balik hukuman mati yang dikenakan ke atas 492 daripada 529 penyokong IM, Mac lalu manakala baki selebihnya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. - Al-Ahram