Followers

Thursday, April 03, 2014

Idea mengarut sekali lagi dari Trengganu!


Bas amfibia boleh guna pindah mangsa banjir - Exco
 
Apr 03 2014.


HARAKAHDAILY


KUALA TERENGGANU: Proses pembelian dua buah bas ‘amphicoach’ (bas amfibia) yang boleh bergerak di atas air masih dalam peringkat rundingan untuk menetapkan harga dan spesifikasi mengikut kehendak kerajaan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee. 

"Pada dasarnya, memang kita bersetuju dengan pembelian ini kerana kenderaan ini mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan untuk rakyat.
  
"Selain untuk tujuan pelancongan, ia juga akan digerakkan pada musim tengkujuh kerana biasanya pengangkutan darat yang lain mengalami kesukaran kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti yang berlaku di Kemaman tahun lalu," katanya pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu di sini hari ini.
  
Sehingga kini hanya terdapat 12 amphicoach di seluruh dunia kerana kilang kenderaan buatan Malta ini tidak bersifat komersil sebaliknya hanya menyiapkan amphicoach berdasarkan tempahan khas.
  
 Beliau berkata kenderaan yang berharga 650,000 euro atau kira-kira RM3 juta (harga kilang) setiap satu itu akan melonjakkan lagi sektor pelancongan Terengganu di mata dunia kerana ia menampilkan keunikan tersendiri buat pelancong terutama di Asia Tenggara.
  
"Setakat ini, kita mahu amphicoach itu memuatkan 50 penumpang dengan kelajuan lapan knot di dalam air. Apabila kita sudah membuat pengesahan tempahan, ia dijangka siap dalam tempoh lapan bulan.
    
"Ia dijangka boleh digunakan bermula musim tengkujuh tahun depan bagi kemudahan memindahkan mangsa banjir di negeri ini setiap kali bencana melanda," kata Mohd Jidin.
    
Mengikut perancangan awal, amphicoach akan digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyelusuri Sungai Terengganu. - Bernama

Tuesday, April 01, 2014

Hai, dah berapa hari dah ni...tak ingat-ingat lagi?




Mahathir yang mudah lupa atau Mahathir dah mula lupa?



Kalau Mahathir mudah lupa maknanya Mahathir tak usahlah nak hina orang melayu kununnya orang melayu mudah lupa, kerana rupanya Mahathir lebih teruk daripada orang Melayu yang dihinanya. Peristiwa Memali yang sebesar itu senang-senang je dia jadi pelupa!



Kalau Mahathir dah mula lupa sejak akhir-akhir ini maka kita faham-faham jelah. Usia pun dah terlalu lebih! Dalam keadaan dah mula lupa begitu agaknya kalau berak pun boleh jadi dia akan kata ‘ taak...aku tak beraklah!’



Dah berapa hari dah ni masih lagi tak ingat-ingat di Malaysia atau di Cina? Kesiannya! Namun sepatah kata Hisham, "sejarah akan menilai..."

Dipetik dari Malaysia kini:



Memali: Dr M tak ingat sama ada berada di KL



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau 'tidak ingat' sama ada beliau ada di negara ini ketika peristiwa Memali berlaku pada 1985.

Katanya, beliau perlu mengkaji kembali perkara tersebut.

"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh beliau (Tun Musa Hitam).

"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Dr Mahathir ketika ditemui pemberita di sesi minum petang bersama Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Istana hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendakwa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu semalam dan petikannya dimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan keempat selepas peristiwa tersebut.

Peristiwa bersarah Memali berlaku apabila kira-kira 400 anggota polis menyerbu kampung itu pada 19 November 1985 selepas berdepan dengan penduduk kampung yang enggan menyerahkan seorang pendakwah, Ibrahim Libya kepada pihak berkuasa yang menuduhnya sesat.

Serbuan itu mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh.