Followers

Saturday, January 25, 2014

Akibat kebengongan melampau...

Sama menteri ini mabuk atau bodoh, itu tidaklah dapat dipastikan tapi yang kelihatan macam sahih ialah menteri ini bengong! Kerana mengidap penyakit kebengongan melampau itulah maka tak pasal-pasal dia membuat cadangan yang paling merapu! Ron 95 untuk rakyat miskin!!Jenis minyak pun ada diskriminasi!

Konon cakna sangatlah nasib rakyat!!!


RON 95 untuk golongan miskin, Ku Nan bankrap idea

Jan 25, 2014

BASHIR ISHAK

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) berkaitan cadangan menjual bahan api RON 95 hanya untuk golongan miskin.

Menurutnya, kenyataan itu disifatkan satu lagi cakap-cakap pemimpin kerajaan yang sudah bankrap idea untuk melihat mekanisme yang terbaik bagi meringankan beban rakyat selepas mereka sendiri yang mencetus punca kenaikan kos sara hidup rakyat.

Baginya, itulah satu lagi cakap-cakap pemimpin kerajaan yang melalut dan pekak badak.

“Mereka tak fahamkah masalah dan keluhan rakyat rakyat di bawah yang mana melihat harga minyak RON 95 itu sendiri pada masa ini sudah begitu mahal yang telah naik dari masa ke semasa,” katanya pada sidang media di Markas PAS Derga, dekat sini semalam.

Tambahnya, tidak adil untuk mengklasifikasikan penggunaan kenderaan itu berdasarkan kereta berkuasa kuda kecil atau besar.

“Orang kaya sendiripun mungkin mempunyai beberapa buah kereta termasuk kereta kecil. Kalau kereta kecil maka mereka pun layak membeli minyak RON 95," jelasnya.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat itu lagi, isu pokok yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan ialah harga bahan api di negara ini khusunya RON 95 sudah cukup membebankan rakyat, bukan sahaja golongan miskin malahan kepada seluruh rakyat.

"Tengku Adnan kena ingat, kalau dia guna kaedah orang kaya guna RON 97 dan  orang miskin guna RON 95, orang kaya ni kebanyakannya adalah golongan pengusaha atau peniaga.

"Bila golongan ini pula terbeban, mereka akan memindahkan beban itu kepada golongan pengguna di peringkat bawah termasuk golongan miskin. Maka bebanan ini akan berterusan dan bertingkat-tingkat," katanya lagi.

Monday, January 20, 2014

Wau...negaraku kian maju: Ada janji kangkung, ada mentaliti kangkung dan terkini ada tawaran kangkung!

Inilah hebatnya mempunyai Perdana Menteri yang suka kangkung. Dari idea hebat seorang Perdana Menteri yang berjaya menurunkan harga kangkung yang kian penting dalam menyerlahkan "kemapanan" ekonomi negara, maka pelbagai idea dan pandangan kangkung dihamburkan oleh para anggota kabinet negara.

Jelas kini pelbagai kangkung terdapat di Malaysia sama ada yang telah sedia ada, mahupun yang baru diadakan. Kalau dulu kita terdengar profesor kangkung, lepas itu Perdana Menteri suka kangkung, kemudian janji kangkung, mentaliti kangkung, idea kangkung dan kini tawaran harga kereta murah nampaknya bakal menjadi tawaran kangkung! (Payah beno nak turun harga kereta!?).

Syukur negaraku kian mewah dengan kangkung-kangkung termasuk para pengundi yang sentiasa rela dikangkungkan oleh _ _ _ _!



Dari harakahdaily:

Harga kereta turun, sudah-sudahlah tipu rakyat


20 Jan 2014


HARAKAHDALY


KUALA LUMPUR: Apabila tajuk akhbar berbunyi ‘Harga kereta bakal turun lagi’ bermakna harga kereta telah turun sebelum ini dan ianya akan diturunkan lagi.

Demikian kata Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu yang mengulas tajuk muka depan akhbar harian arus perdana hari ini ‘Harga kereta bakal turun lagi’.

Katanya, perkataan ‘lagi’ bermakna ulangan apa yang telah berlaku sebelum ini.

Soalannya, tanya beliau bila pula harga kereta turun sebelum ini.

“Saya berpandangan, tajuk yang lebih tepat adalah, ‘Penurunan harga kereta, rakyat bakal ditipu lagi’,” ujarnya kepada Harakahdaily.   

Beliau mempersoalkan, kalau harga kereta nak diturunkan, kenapa pula perlu tunggu sehingga 2018.

Baginya, begitu lembab sekali urusan kerajaan dalam perkara berkaitan sehingga jangka masa empat tahun diperlukan.

“Atau 2018 adalah tahun di ambang Pilihanraya Umum ke 14? Dengan makna ia adalah gula-gula PRU14,” ujarnya.    

Beliau berkata, harga kereta boleh diistilahkan diturunkan kalau kereta tersebut dikeluarkan dari kilang dengan spesifikasi dan aksesori yang sama dengan model sebelumnya tetapi dijual dengan harga yang lebih rendah.

Katanya lagi, kalau sekiranya spesifikasi, aksesori serta ciri-ciri keselamatan kereta tersebut dikurangkan atau ditiadakan, itu bukannya dinamakan penurunan harga.                            

Beliau boleh percaya harga kereta akan diturunkan pada 2018 dalam satu keadaan dan situasi sahaja.

“Kalau Pilihanraya Umum ke 14 berlangsung pada 2018, turunkan saja Umno/BN dari tampuk kuasa, bagi peluang kepada Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya, kita meyakini akan kejujuran dasar Pakatan Rakyat untuk menurunkan kos hidup rakyat antaranya dengan menurunkan harga kereta,” jelasnya.

Dengan itu, ujar beliau tajuk berita ‘Harga kereta bakal turun 2018’ akan menjadi kenyataan.

“Susah sangat ke nak turunkan harga kereta?” soal beliau lagi.

Menurutnya, di England, Germany, USA dan lain-lain negara maju, berapa sangat harga kereta berbanding dengan purata pendapatan rakyat.

“Bodoh sombong sangatkah kita sehingga tak boleh belajar dari orang lain yang lebih maju dalam hal ini,” katanya.