Followers

Friday, October 03, 2014

Di Petrol Station lahirnya sebuah cinta dari Najib buat kita!

1. Kalau rakyat marah apabila kerajaan Umno/Bn menaikkan harga minyak, sesungguhnya kemarahan rakyat itu wajar!

2. Walaupun pada zahirnya rakyat merata-rata dalam negara nampak relek, namun pada hakikat sebenarnya rakyat Malaysia kian tertekan dengan kenaikan harga barang apatah lagi apabila naiknya harga minyak, bertambahlah tertekan.

3. Namun yang sedih dan menyakitkan hati Menteri kerajaan Umno/Bn di bawah pimpinan Najib Razak Bapa Barang Naik Malaysia, masih nak bagi pelbagai alasan yang kadang-kadang memang sah alasan itu sekadar mahu memperbodohkan rakyat.

4. Kenapa begitu keras hati untuk kerajaan Najib untuk memikirkan masalah dan bebanan  yang rakyat tanggung hari ini dengan hutang rumah yang mahal, potongan ANGKASA yang bertimbun bagi kakitangan kerajaan, hutang bank yang besar yang mana pinjaman terpaksa dibuat di sana-sini demi untuk mengumpul sedikit harta, kos hidup yang tinggi di bandar dan juga kini semakin menular ke luar bandar, kos belajar dan pendidkan anak-anak yang MAHAL kos kahwin yang menggunung, dan macam-macam lagi!

5. Sedang pada waktu yang sama para pemimpin dan keluarga tidak nampak mahu berjimat pun. 

6. Apakah yang perlu berjimat hanya rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah sahaja?

7. Kenaikan harga minyak begitu menyakitkan hati rakyat. Namun kerajaan Umno/Bn pimpinan Najib Bapa Naik Minyak 20sen, hanya buat pekak telinga sambil terus berlagak alim mencipta pelbagai alasan bodoh yang terpacul dari mulut Hasan Malik.

8. Tak payahlah menteri memberi pelbagai alasan kerana alasan yang diberi itu sangat menyakitkan hati. Mana tidak sakit hati kalau kerajaan Umno/Bn terus boros, membazir, membutakan mata kepada ketirisan, tidak tegas dengan rasuah para jerung, tidak memberhentikan budaya kerja makan kominsyen dalam setiap projek kerajaan hingga sesuatu projek boleh mencecah harga yang tidak munasabah. 

9. Semua itulah yang menyebabkan negara ini mungkin kekurangan wang dalam pengurusan dan pembangunan maka itu naikkan pelbagai harga barang, saman dan cukai termasuk harga minyak? 

10. Apa lagi yang akan naik selepas ini? Oh Malaysiaku di bawah pimpinan Najib-Rosma....Di sini lahirnya sebuah cinta...! Rupanya inilah cintanya, naik harga minyak! Cheh!


No comments: