Followers

Sunday, September 28, 2014

Untuk lebih bermaruah, PAS perlu buat keputusan segera, antara kekal dan keluar! Bukan membiarkan keadaan seperti waktu ini.

1. Aku rasa semakin kecewa cara pemimpin utama PAS menguruskan parti pada waktu ini, terutama selepas muktamar.

2. Nampak gaya semuanya bagaikan 'tersentak' atau terkejut beruk dengan ucapan penggulungan Presiden tempoh hari, terus bagaikan membiarkan parti kuntang-kanteng dilanda gelombang berterusan.

3. Kenapa parti itu dibiarkan dengan terlalu ramai juru cakap? Semuanya nak bercakap, yang akhirnya percakapan masing-masing berlawanan antara satu sama lain atau mudah dimanupulasi oleh para musuh parti. Yang melopong kehairanan ahli-ahli bawahan parti!. 

4. Lagi sekali, nampaknya para pemimpin utama PAS di bawah kepimpinan TGHH ini memang tak tahu nak mengurus krisis! Huru-hara dan kelam-kabut. Contohnya dalam menerima perlantikan Exco Selangor. Ada yang kata tidak diberi tahu, ada yang kata telah dimaklumkan terlebih dahulu...macam-macam! Para pemimpin atasan hanya mendiamkan diri...senyap macam orang bisu! Cikgu Pa berbunyi pun pemimpin PAS di Selangor tak layan! Apa dah jadi ni?

5. Sepatutnya kalau kita dah tidak pelahap jawatan, maka tak perlulah kita melahirkan rasa kecewa kerana tidak dibincang dululah konon, tak ada semangat Pakatan, oleh MB baru! Kita terima je lah! Kemudian terus berkerja kuat untuk kita menang semua kerusi yang kita bertanding di Selangor...senang kita terus boleh jadi MB dan boleh lantik sebanyak exco kita yang kita mahu!! Alahai jangan ikut dan dengar sangat hasutan 'Umno' tu!!!

6. Para pemimpin utama PAS sepatutnya mengeluarkan kenyataan bersama untuk membuktikan mereka bersatu-hati selepas muktamar bukan membiarkan anak buah sendiri yang bercakap bagai-bagai!

7. Tolonglah wahai para pemimpin PAS, parti ini kini dalam krisis sebenarnya...uruskan krisis ini dengan baik, bukan membiarkan apa yang berlaku hingga memudaratkan PAS itu sendiri.

8. Buatlah keputusan muktamat segera. Kalau nak duduk dalam Pakatan buat cara duduk dalam Pakatan. Kalau nak keluar, buat keputusan segera keluar daripada Pakatan agar ahl-ahli parti pun jelas dengan pendirian masing-masing!


1 comment:

Anonymous said...

Idea yang bernas untuk menentang kenaikan harga petrol. Sila ke:

http://manjongmari.blogspot.com/2014/10/jom-kita-semua-lawan-kenaikan-harga.html