Followers

Wednesday, September 17, 2014

Tarbiyah baru daripada segelintir Pemuda PAS!

1. Hari ini segelintir anak muda PAS keluar dewan mesyuarat kerana protes perbezaan pandangan dengan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS!

2.Rupanya perangai budak tak empuk berlaku jugak dalam kalangan segelintir anak muda PAS! 

3. Ini tiru siapa ni? Bila tidak bersetuju, keluar dewan persidangan! Alahai....kesian rasanya kat mereka ini.

4. Aku rasa agak pelik kenapa anak muda yang dikatakan memperjuangkan Islam yang syumul membuat tindakan tidak matang dan kurang sopan sebagai cara melayani perbezaan pandangan dan pendapat? Dewan muktamar PAS bukannya sidang parlimen !

5.  Kalau ya pun hendak protes Mat Sabu, gunakanlah medan perbahasan. Luahkan isi perut kamu sewaktu perbahasan muktamar pemuda. Bukan memperlihatkan 'kesamsengan' sewaktu Timbalan Presiden hendak memberi ucapan. Pemuda Umno pun tak buat macam tu terhadap Timbalan Presiden mereka! Orang perati weh awak....tak elok!

6. Hendak banding dengan Mat Sabu dalam perjuangan PAS ini siapalah segelintir awak tu?

7. Ok fine, awak tidak bersetuju dengan Mat Sabu, tak perlu protes cara tidak sesuai itu, keluar dewan mesyuarat macam tu, tahun depan kan ada pemilihan dalam muktamar, gunakan plarform itu untuk pilih orang lain yang bukan Mat sabu. Kenapa pulak perlu tiru MIC dulu-dulu, yang sekarang dah ok, keluar dewan mesyuaratlah konon! 

8. Awak dah ajar orang buat protes seperti itu maka nanti jangan marah kalau orang lain belajar dari awak cara itu! Jangan kata apa-apalah kalau orang lain tiru awak!

9. Anak muda boleh berjuang dan protes cara apa sekali pun termasuk cara aggresif tapi biarlah kena pada isu dan sasarannya! Ini hanya tidak bersetuju dengan Timbalan Presiden sendiri dah tunjuk cara gedebe begitu. 

10. Sepatutnya tak perlulah tunjuk protes cara gedebe begitu kepada Timbalan Presiden PAS itu. Sabar je sikit lagi, bukan lama dah, tahun depan je! Nanti kalau ada yang kepala biul buat begitu kepada Presiden PAS macam mana? Malu parti kita.

11. Nampaknya parti ku semakin nak menjadi hodoh! Kita tengok pulak dalam Muktamar Agung esok lusa, apa pula 'tarbiyah' yang kita dapat?


4 comments:

Anonymous said...

Memang itu yang telah dipelajari dan diamalkan sejak masuk Pakatan Rakyat kan? Terima jerlah ajaran Anwar Ibrahim...

Anonymous said...

aku pun kesal dgn pemuda2 yg mcm ni.. manalah depa ni dapat tarbiyah.. x pernah ada org kurang ajar n x matang mcm ni dlm pas. perangai memalukan!!!

Anonymous said...

Masuk garam dalam mulut sapu lada pada mata dan duk diam diam

CEO Siber said...

Adam Adli Dipenjara - Bukti UMNO BENCI anak muda!!

Tak perlu berdolak-dalik...

Politik tetap politik. Kuasa bukan segala2nya.... Tetapi kenapa pemimpin UMNO perlu takut dengan bayang2???

Adakah bila generasi tua UMNO mati, akan diganti dengan generasi datuk nenek UMNO???




Kekejaman pemimpin UMNO yang dilakukan kepada anak muda bukti jelas mereka membenci dan menghina anak muda dan takut dengan bayang2 sendiri!!!



Yang pasti, apabila pemimpin UMNO membuat sebarang hasutan dan kesalahan, mereka akan terlepas dan kalau didenda pun tidaklah setimpal...


Sumber berita

>>>> Klik Di Sini