Followers

Sunday, September 21, 2014

Selepas muktamar, pertembungan dalam PAS semakin membarah?

1. Setelah pulang dari memerhati muktamar ke 60 itu, sebagai ahli kerdil di bawah sana, ada beberapa kesimpulan yang boleh aku buat.

2. Nampaknya kemelut persaingan dan pertembungan dalam PAS tidak akan selesai dengan mudah sebaik tamatnya muktamar itu.

3. Apa yang jelas, perbezaan pandangan bukan semakin mengecil namun sayup-sayup dihati kecil ini, aku dapat rasanya ianya semakin menjarak dan membarah.

4. Dapat dirasakan, kedua-dua pihak yang bertembung dalam PAS kini, bagaikan boleh berpatah arang berkerat rotan! Inilah 'gelombang' yang aku dapat rasakan....Cuba kita perhatikan sedikit masa lagi, betul atau tidak? Semoga apa yang aku rasa ini tidak menjadi kenyataan.

5. Aku menjangka jugak dalam minggu ini atau penghujung minggu ini, keadaan retak dalam PAS ini akan semakin menampakkan belahnya. Mengapa? Entahlah...Semoga tidak!

6. Bagi aku ucapan penggulungan Tuan Guru Presiden macam tidak menyelesaikan masalah perbezaan dan pertembungan dalam PAS kecuali semakin menjarak dan merenggangkan. Semoga tidak.... dan...

7. Cuma sedikit harapan yang amat tipis yang tinggal, semoga semua ahli dan para pemimpin, dapat menyerap segala ketidakpuasan hati selama yang boleh dan agar dapat terus menahan kesabaran! 

8. Masalahnya, sejauh mana perkara itu dapat dilunaskan? Terpulang kepada masing-masing! Jika tidak...yang berkemungkinan besar terus terjadi, parti ini akan terus berantakan sebelum pecah dihempap badai!

2 comments:

Anonymous said...

Setuju dgn artikel tuan, nampaknya presiden bukan nak merapatkan ahli2 parti tetapi pecah belahkan lagi dgn tuduhan pengkhianat dan barua. Jika MB Selangor dipilih dari PAS maka PR akan berpecah-belah. Apakah golongan progesif dlm PAS tetap kekal bersama PAS kita akan saksikan nanti?

Sebagai insan kecil ahli PAS kita mahukan PAS spt di zaman Ust Fadzil Noor tetap kukuh bersatu. Tak kiralah ahli tu dari golongan ulama atau profesional dan rakyat biasa semua bersatu atas nama jemaah Islam.

abuamir

Qisas said...

kanser UG dlm PAS mesti dibongkar dan dibedah guna laser, tak kira mereka itu ulamak atau tidak.

setahu hamba tidak ada Nabi dalam PAS, maka tidak menjadi salah menolak sesiapa pun yg menjadi gunting dlm lipatan sekongkol dgn musuh merosakkan PR dan PAS.

laknat Allah utk pengkhianat rakyat dlm PAS.