Followers

Saturday, September 06, 2014

Segolongan yang berpendidikan agama dalam PAS harus berjiwa besar!

1. Nampaknya keadaan 'kesihatan' Parti Islam SeMalaysia (PAS) semakin hari semakin tidak menentu sehingga hari ini. Suhu badan semakin meningkat, kepala semakin pening malah bagaikan menghampiri migrain pulak dah rasanya. Stress terus mencengkam emosi dan akal. Segala-gala menjadi haru yang kian membiru! Adoi PAS parti kesayanganku....apa dah jadi dengan para pemimpin mu?

2. Terbaru halau-menghalau antara satu sama lain bukan lagi bisik-bisik, kuis-kuis malah lebih teruk dah mula tengking-menengking, bertempikan antara satu sama lain! Semuanya sudah mulai menggila!

3. Untuk melihat PAS menjadi semakin tenang dan aman nampaknya bagaikan mengharap kucing tumbuh tanduk! Apa yang bakal berlaku sedikit masa lagi sudah mula boleh dijangka. Sedih sangat rasanya!

4.Kian jelas berkecemuknya PAS hari ini sebenarnya bukan sebab isu MB Selangor sangat...bukan! Isu MB Selangor hanyalah penyebab kepada retak yang menunggu belah sahaja lagi.

5. Kerana perangai dan kerenah para pemimpin dari Tuan Presiden hingga ke pelbagai peringkat kepimpinan tertinggi dalam pelbagai Majlis dan dewan-dewan, ahli-ahli PAS tunggu sajalah PAS akan terbelah dan semuanya kena bersiap sedia untuk menghadapinya....udah tak lama lagi kerana keadaan kian tidak terkawal. Kaki yang nak menyepak sudah mula bertonjet, tangan yang mahu menampar telah mula diasah-asah, buku lima yang hendak dihantuk ke dahi telah mula dihentak ke tapak tangan...hanya tunggu masa untuk melakukannya! Tak percaya? Tengoklah sekejap lagi! Sebagai kuli batak parti di bawah ini aku sedih dengan apa yang berlaku! Adoi!!

6. Aku ulang lagi sekali, PAS kian musnah hanya kerana berkesannya musuh parti menggunakan 'senjata kimia' dengan menyemarakkan isu lama konon persaingan ULAMA dengan PROFESIONAL dalam PAS. Kedua-dua pihak ini 'diarah' tuduh menuduh antara satu sama lain. 

7. Hari ini  racun kimia ini benar-benar berkesan memudaratkan PAS dan hanya tunggu masa, PAS akan terkulai layu dalam persaingannya menentang Umno sekular! Umno amat gembira dengan longlainya PAS nanti.

8. Persaingan Ulama VS Profesional kini mencapai kemuncak tertinggi. Pertembungan kian jelas dan terang.

9. Hari ini kebencian terhadap golongan profesional Islamik yang dinamik semakin disemarakkan kerana bimbang mereka akan kuasai parti. Lantas pelbagai lebel dicipta terhadap mereka.

10. Apakah yang akan berlaku kepada PAS selepas ini? Adakah akan tenang kembali? Sukar...selagi segolongan yang berpendidikan agama tidak berjiwa besar dan terus menganggap PAS hanya hak mereka sahaja!

No comments: