Followers

Tuesday, September 02, 2014

PAS hari ini

Hari ini dalam PAS macam-macam ada!

1. Paling kecoh, katanya ada golongan ulama, ada golongan profesional. Dua puak ini katanya terus-terusan berlawan hinggakan ramai ahli-ahli bawahan dah mula naik menyampah! Bercakap pandai, ke sana sini konon memberi nasihat tapi sindir menyindir, kecam kutuk, menjadi 'makanan' sejak akhir-akhir ini.

2. Sudah mula ada dua mengenai Pakatan Rakyat dalam PAS. Ada yang kata, keluar sahaja Pakatan Rakyat kerana itu lebih baik kepada PAS. Dan ada juga yang kata jangan keluar Pakatan, kalau keluar PAS seolah-olah undur ke belakang 10 tahun! Maknanya dalam PAS hari ini telah ada dua kumpulan;kumpulan keluar Pakatan Rakyat dan kumpulan jangan keluar Pakatan! Tengoklah dua puak ini bakal bertembung dalam muktamar nanti sehingga muktamar pemilihan tahun 2015!!

3. Dalam PAS  ada yang kata sesiapa sahaja boleh jadi Presiden PAS asalkan beragama Islam dan memahami serta menghayati Islam dan ada juga yang kata Tuan Presiden hanya untuk golongan yang berpendidikan agama Islam sahaja yang lain tidak boleh dan tidak layak!

4. Dalam PAS ada yang setuju Khalid Ibrahim ditukar dan ada juga yang tidak setuju beliau ditukar.

5. Dalam PAS  hari ini ada yang kata kemenangan pilihanraya tidak penting yang penting kemenangan di akhirat, ada yang kata kemenangan dalam PRu penting kerana ia memberi kuasa kepada orang Islam untuk menegakkan dakwah Islam secara dekat dengan rakyat.

6. Dalam PAS hari ini dah ada yang mula cakap berbelit-belit dan ada yang bercakap lurus bendul.

7. Dalam PAS hari ini ada yang bersedia hendak terus 'berperang' dengan UMNO kerana merasakan Umno jahat dan ada yang bersedia nak ber-UG dengan Umno!

8. Dalam PAS hari ini ada yang sibuk mengajak orang masuk PAS dan ada juga yang dah mula halau ahli sendiri keluar PAS!

9. Dalam PAS hari ini dah ada yang tidak bertegur antara satu sama lain (masam muka) dan ada juga yang sentiasa tersenyum meraikan!

10. Dalam PAS  hari ini ada yang dah pandai 'memecak', dan ada yang masih sabar membisu seribu bahasa.

11. Dalam PAS hari ini ada yang sudah mula gedebe dan mula buka langkah dan ada yang terus steady.

12. Dalam PAS hari ini sesungguhnya macam-macam ada!


1 comment:

abuamir said...

PAS akan hancur bila bersama umno.InsyaAllah.