Followers

Tuesday, July 29, 2014

Parti PAS bakal bersepai sedikit masa lagi!

Nampaknya isu yang membabitkan kedudukan MB Selangor TSKI ini bukan sahaja 'menggigit' PKR dan Pakatan Rakyat malah tak semena-mena ianya juga sudah mula 'menggigit' PAS. Jika PAS tidak mengelak diri dari turut tergigit dengan isu ini PAS berkemungkinan besar bakal kecundang dalam PRU ke 14 nanti. Okaylah PAS tidak bimbang kalah PRU 14, apalah sangat menang PRU tu, tapi para pemimpin PAS perlu ingat isu ini mungkin mampu menjadikan PAS  tidak akan diyakini lagi sebagai gerakan dakwah yang berwibawa dalam tanah air!

Apa yang jelas semakin hari semakin banyak kenyataan-kenyatan yang dikeluarkan oleh para pemimpin atasan PAS yang menggambarkan bahawa betapa PAS bagaikan membiarkan dirinya  dalam keadaan kusut sesama sendiri kerana terus menjadi mangsa gigitan isu ini.

Aku tidak risau kapal Pakatan Rakyat  jika takdirnya berkecai, yang aku risau silap-silap hari bulan kapal PAS sendiri yang bakal bersepai. Mungkin ada di antara para pemimpin yang akan berkata biasalah berkecai dan bersepai kerana itu adalah 'sunnah' dalam perjuangan. Namun aku pelik kalau takdirnya ia  berkecai begitu kerana mengapa harus berkecai dengan cara yang tidak bijak! Mengapa kerana masalah PKR, PAS patut bersepai dan terajang menerajang sesama sendiri? 

Aku tidak faham mengapa para pemimpin atasan yang sepatutnya bijak berpolitik sering mengeluarkan kenyataan yang tidak perlu, malah bercanggah sesama sendiri, di mana-mana, dalam dunia yang penuh dengan fitnah dan mehnah ini. Kalau dah tidak sabar sangat hendak keluarkan kenyataan tidak bolehkah panggil mesyuarat tergempar untuk memberi pandangan PAS yang rasmi, kalaupun tidak boleh tunggu tarikh 10 Ogos nanti!

Aku bukan risau kenyataan mengenai keluar dari PR atau apa sahaja kenyataan sekali pun, tapi aku nampak tidak cerdik langsung para pemimpin atasan dan golongan think-tank PAS saling keluarkan kenyataan yang mendedahkan kelemahan PAS dan ada yang bagai saling memburu dan mengetuk sesama sendiri. Inikah akhlak Islam yang diajar kepada kami? Astaghfirullah!

Atau sebenarnya para pemimpin PAS di atas sana memang sedang bercakaran  dan bersiku sesama sendiri dalam keadaan meminta ahli bawahan bersatu padu?




9 comments:

Abu Syaukah Filmanzil said...

Ya sejak ramai sangat ahli dan pemimpin bawahan PAS yang terkeliru siapa pemimpin dan misi perjuangan mereka. Mereka terlupa siapa presiden dan apa misi sebenar perjuangan mereka....lalai apabila mendapat ghanimah....

Anonymous said...

UMNO telah mencuba pelbagai cara dan pelbagai provokasi keatas PKR dan DAP tapi semua tidak semudah yang mereka jangka bahkan lagi banyak provokasi dan fitnah ditabur oleh macai UMNO kedua parti seteru UMNO itu bertambah mendapat simpati orang ramai dan pengundi,rupanya terlupa yang PAS adalah lebih mudah untuk ditabur umpan bagi menghancurkan PR maka terjadi apa yang diagendakan hanya dengan satu isu pertukaran MB saja PAS sudah mula bercelaru sesama sendiri, ahli tak nak ikut nanti dikata melanggar sumpah ,bila dikut pula bagai luah mati mak ditelan mati bapa jadi masing-masing mula menuding jari,kita lihat 10/8/2014 nanti apa pula akan keluar dari mulut tok presiden yang dah terlajur dan terlebih tahu.

Anonymous said...

Aku mula meluat dgn presiden PAS. Kes bertindih calon spt di Kota Damansara nenjengkelkan aku.
Kes stalin dan pil kuda yg terang-terang dibentang depan umum mcm bukan akhlak Islam.
Saman malu 2 juta pun aku rasa agar mulut celupar presiden PAS diajar agar ckp dengan ilmu.
Kes terbaru pasal TSKI ... makin pening.

aku dgr keserabutan berpunca dri pandai menantu presiden pas....serylupa pak lah.

Aku keluar dri PAS berkuatkuasa serta merta.

rantai said...

Mengapa KI hendak disingkirkan ? Pernah tidak PKR berbincang dengan sekutunya dalam PR secara rasmi untuk tujuan itu ? KI adalah ahli PKR dan PKR sendiri hendak singkirkannya, mengapa ? PAS pasti pandang pada segi prestasi, PKR pandang pada segi apa ? Salahkah PAS memandang pada segi prestasi ? Semua ahli PAS sepatutnya utamakan prestasi bukan peluang kewangan mentang-mentang selangor kaya ...!!!!! ada baiknya pkr join umno sebab ahli pkr mempunyai niat sama dengan umno ....!!!!!

Anonymous said...

Kita jangan lupa PKR adalah kelahiran umno yang tak pusa hati dengan umno sendiri..lalu diwujudkan reformasi. Reformasi bertonggak kpd simpati masyarakat keatas Anwar Ibrahim yg dipenjarakan dan "diseksa" ekoran berbagai tuduhan yang direka oleh rejim Mahathir. Dalam PKR masih ramai ahli2nya yang berdarah dan berjiwa umno. Keadaan ini memudahkan umno mengkucar kacirkan PKR baik dari luar mahupun dalam parti.(Ramai pemimpin2 PKR yang telah berhijrah ke pihak pemerintah dengan tawaran harga perpindahan yang tinggi. Ramai antara mereka yang menhadapai masalah kewangan dn apabila di"ugut" habis cair semuanya.

wan amero said...

Bro demo ni din ayam ko balaci dio?

Anonymous said...

Anonymous July 30, 2014 at 2:18 AM, PAS tidak memerlukan sesaorang yang bersikap dan berhati perut busuk macam anda.

bat8 said...

PAS pandang kepada prestasi orang je. Prestasi sendiri buat-buat bodo je. Bahkan PAS tak layak nak bercakap pasal prestasi.

Prestasi apa kebendanya jika bila diberi peluang memerintah Terengganu dan Kedah hanya mampu bertahan sepenggal je. Lepas tu kena hukum dengan rakyat jadi pembangkang balik? Cerita skit pasai prestasi sendiri pulak? Presiden sendiri pun terbarai....hanya mampu jadi MB sepenggal je.

Anonymous said...

Anounmous 12.10.memang pengikut macam kau yang ada lagi dalam Pas,semoga Pas akan kembali ke zaman kuno