Followers

Thursday, June 05, 2014

Mudah benor kerja DAP?

DAP tewas di PRK Teluk Intan antara sebabnya 'hudud'! Amboi! Sikap gatal mulut dan bodoh sombong seperti inilah sebenarnya yang mampu meretakkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Kalau terlaksana pun hudud, hukuman itu tidak akan dikenakan kepada bukan Islam kecuali mereka (bukan Islam) memilih untuk mengguna-pakai hukuman itu. Kalau mereka tak mahu, hukuman itu hanya untuk orang Islam sahaja. 

Pelik, apa masalahnya bagi bukan Islam khususnya DAP, kalau umat Islam sendiri mahu menggunakan hukuman Islam bagi menjaga tingkah-laku mereka?

Hai...kalau umat Islam hendak menjalani ibadah puasa contohnya, takkan ada bukan Islam melarang kami berpuasa kerana bimbang kebulur? Hudud adalah urusan ibadah umat Islam!

dari Harakahdaily:


Jangan belasah kawan apabila kalah

MUHAMMAD SUFYAN ISMAIL | 05 Jun 2014. 

Amat menghairankan, tiba-tiba "hudud" dijadikan salah satu faktor kekalahan DAP dalam PRK P76 Teluk Intan.

Dalam meraikan hubungan dan semangat PR, kenyataan dan analisa "separa masak" oleh YB Gobind Singh, MP Puchong yang mengaitkan isu "hudud" sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada kekalahan calon DAP di Teluk Intan amat-amat dikesali.

Sebaliknya isu "hudud" sedikit pun tidak terkesan ke atas pengundi-pengundi bukan Melayu dalam PRK Bukit Gelugor yang berlaku hanya selang beberapa hari.

Semangat dan rasa hormat menghormati dalam PR sepatutnya berlaku secara timbal balik, bukan hanya di satu pihak sahaja.

PAS sentiasa berusaha menjaga perkara ini, malangnya DAP kerap kali selalu terlupa atau sengaja lupa akan hakikat perkara ini.

Isu hudud atau Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan adalah isu di peringkat negeri Kelantan semenjak tahun 1993, sudah dibincang di pelbagai peringkat dan oleh pelbagai termasuk pimpinan DAP. Tetapi kenyataan YB Gobind tersebut, jelas menunjukkan kegagalan beliau dalam memahami isu tersebut.

Sebagaimana PAS tidak pernah mengkritik ideologi, prinsip dan strategi politik DAP secara terbuka lebih-lebih kepada media, maka sepatutnya secara bermoral DAP diharapkan dapat melakukan perkara yang sama.

Buat  ke sekian kalinya DAP perlu faham walaupun enggan terima, bahawa "hudud" adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang menjadi dasar PAS.

Pada asasnya PAS boleh menerima sikap kontra DAP dan YB Gobind terhadap isu hudud, sebab kita semua bersetuju untuk "semua pihak berhak tidak bersetuju". Tetapi meletakkan isu tersebut sebagai faktor kekalahan adalah jauh daripada kematangan berpolitik.

Sepatutnya faktor calon, pengundi, isu setempat dan gerakerja parti bertanding yang menjadi bahan analisa.

Amat malang sebuah parti yang sudah dianggap kuat dan berpengaruh dikatakan kalah, kerana suatu isu yang tiada hubungkait dengan kawasan berlakunya pilihan raya tersebut.

Adakah ini menunjukkan parti yang bertanding gagal melaksanakan tanggungjawab penerangan kepada pengundi?

Dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang ditandingi oleh PAS dan berakhir dengan keputusan kalah pada pihak lawan, seingat saya belum ada kenyataan-kenyataan terbuka pemimpin PAS yang meletakkan isu dan rakan sekutu sebagai salah satu daripada faktor kekalahan.

Secara peribadi kaedah membelasah kawan apabila kita kalah dalam sesuatu perlawanan adalah jauh daripada kematangan dan hanya menjarakkan lagi hubungan khasnya dalam PR.

Jangan akhirnya kita sendiri mengeluh atas tindakan-tindakan yang "kurang manis" yang kita lakukan.

Sebahagian yang terlibat mengundi YB Gobind di Puchong dan melakukan gerak kerja pilihan raya semasa PRU13 yang lepas adalah juga ahli dan penyokong PAS.

Sehubungan dengan itu, nasihat saya ialah kita masing-masing menjaga perasaan dan sensitiviti prinsip dan ideologi perjuangan parti kita.

Semoga keharmonian ini tidak tergugat dengan kenyataan-kenyataan yang melukakan, yang hanya bakal memanjangkan jangka hayat BN untuk terus berkuasa.

Penulis ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Puchong.

No comments: