Followers

Monday, March 10, 2014

Pasport palsu...kambing hitam lagi?




Menteri Dalam Negeri nampaknya telah marah lagi “...tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka orang Asia,”! Ceh..ceh...ceh...ceeehhh!

Wah marah nampak? Tapi macam marah Kambing Hitam je?

Yang dalam daftar pemilih pilihanraya dan dapat Kad Pengenalan lagi, bapaklah ramainya, rasanya pun serupa juga. Nama Melayu/ Malaysia tapi rupa Bangla! Cam mana? “Tak kan pegawai Jabatan pendaftaran tak boleh fikir, orang Melayu tapi muka orang Bangla!”

Sebenarnya siapa yang ‘ajar’ pegawai-pegawai ni kurang cam bangsa-bangsa lain? Ketakcanaan seorang dua pegaewai ini kerana telah di 'ajar' begitu! Siapa ajar ambik mudah begitu? Pemimpin kerajaan Umno/Bnlah! Bukti?

Yang ‘bersepah’ Kad Pengenalan palsu dan pengundi hantu sebelum PRU 13 dulu...itulah buktinya! Tapi oleh kerana isu ini pecah  dalam Malaysia sahaja maka ianya berjayalah ditutup dan diautakan!

Ini dalam isu MH370 yang menjadi isu antara bangsa  ini macam mana?

Akhirnya untuk mengelak kehilangan maruah pemimpin kerajaan Umno/Bn yang semakin hilang integrity di mata dunia...kambing hitam mungkin bakal jadi mangsa! 

Bilalah agaknya pemimpin kita nak sedar untuk kembali bersikap berintegriti dan beramanah dalam mengurus keselamatan negara?

dipetik:

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan terperinci akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan KLIA.
  
"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya.



Walau harapan kian tipis, kita perlu terus berdoa semoga ada keajaiban muncul dari kehilangan MH370. "Pray for MH370". Allah Maha Berkuasa di atas segalanya.

No comments: