Followers

Thursday, March 13, 2014

“Mulut busuk” Ahmad Maslan melantunkan bau...




Iyakah kalau orang Cina nak untung kena sokong Umno/Bn? Sebab kalau sokong Umno/Bn, kos pendidikan anak naik, bil eletrik naik, tol mahal, bil monopoli Astro mahal, harga minyak tak turun-turun, harga barang naik dan semua yang membabitkan kos hidup rakyat tak kira Melayu, India termasuk Cina, naik! 

Yang turun harga hanya kangkong yang tumbuh bersepah dalam parit dan longkang dan hanya ada seekor sahaja ayam yang berharga RM1, itupun dah beli dek Najib! Untung kot mana agaknya?

Nampaknya mulut Ahmad Maslan sekali lagi telah melantunkan “bau busuk” yang teramat sangat.

Lebih melantun bau tak menyenangkan bila dia berkata, "Wan Azizah tidak ada hubungan langsung dengan kerajaan pusat. Yang dapat peruntukan besar ialah Chew Mei Fun yang ada peruntukan dari Kementerian Kewangan,".

Inilah fe ‘el perangai pemimpin Umno/Bn, duit dari hasil cukai rakyat dibuat macam duit dia sendiri. Padan pun negara ini silih berganti dilanda pelbagai musibah yang memakan kos yang tinggi dan mahal!

Wey... janji di PRK Besut dulu macam mana? Dah buat semua projek yang dijanjikan dulu? Ke mu lebbong je ke orang Besut? 

Mu ingat orang Cina Kajang dalam negeri Selangor tu bodo tak tahu apa yang dikatakan untung?

Ahmak Maslang....Ahmak Maslang...doh bak pe mu jadi gittu!!?

Dari Malaysiakini:

Ahmad: Cina mahu untung kena undi BN

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mahu pengundi Cina di Kajang mengundi calon MCA yang mampu memberi lebih keuntungan kepada DUN itu.

Menurut Ahmad masyarakat Cina mementingkan 'untung' maka undian kepada calon BN Chew Mei Fun mampu membawa keuntungan tersebut.

"Orang Cina pilih untung. Meniaga mahu untung, politik pun mahu untung," kata beliau selepas mengunjungi masyarakat di Pasar Malam Kampung Baru Sg Chua hari ini.

Menurut Ahmad Maslan, Chew mempunyai kelebihan besar berbanding calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tiada hubungan dengan kerajaan pusat.

"Pengundi Cina di sini perlu ingat Chew Mei Fun dibantu dan didokong perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri.

"Wan Azizah tidak ada hubungan langsung dengan kerajaan pusat. Yang dapat peruntukan besar ialah Chew Mei Fun yang ada peruntukan dari Kementerian Kewangan," kata beliau yang juga timbalan menteri kewangan.

Ahmad hari ini mengiringi Chew ke beberapa kawasan untuk mengedar risalah BN kepada pengundi.

Mereka menghabiskan masa kira-kira 30 minit melawat setiap gerai jualan dan bertemu dengan peniaga dan pengunjung yang lalu di situ.

Mereka turut memberikan risalah kepada beberapa kenderaan yang lalu lalang di kawasan tersebut bagaimanapun beberapa pemandu enggan membuka tingkap untuk beramah mesra bersama Ahmad dan Chew.

Pengundi Kajang bakal memilih Adun baru 23 Mac depan selepas penyandang Lee Chin Cheh meletak jawapan pada 27 Januari lalu.

No comments: