Followers

Wednesday, March 19, 2014

Ada badak berkubang di Putrajaya?

Rumah Najib Rosmah: Bil eletrik RM2.2 juta. Bil air RM221,000 sepanjang 2013.

Rumah anak Yasin: Bil eletrik RM855,000. Bil air RM112,000 sepanjang 2013.

Inilah pemimpin kebanggaan orang Melayu Felda dan luar bandar yang terpaksa membayar tarif eletrik yang mahal dan bil tinggi kerana bacaan meter pakai congak dan terpaksa guna air berjimat!

Pemimpin kebanggaan dengan bini macam badak berkubang menggunakan air! 

Tak sensitif langsung dengan nasib rakyat!!

Rencana dipetik:



Bil eletrik Sri Perdana RM2.2 juta

Mar 19, 2014.

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR:  Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook sekali lagi mempertikai kos perbelanjaan elektrik kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana yang mencecah RM2.2 juta sepanjang 2013.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan bil elektrik kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak sepanjang 2013 adalah RM2.2 juta dan air RM221,000.

“Memang daripada segi jumlah keseluruhan terdapat pengurangan berbanding tahun sebelumnya namun pengurangan ini terlalu sedikit.

"Jadi ini menunjukkan bahawa Najib tidak benar-benar serius untuk berjimat sedangkan dalam waktu yang sama menyarankan penjawat atau kakitangan awam berjimat. Lagi pun Kompleks Seri Perdana bukannya digunakan sepanjang tahun.

"Najib suruh rakyat berjimat tapi beliau sendiri masih mengamalkan pembaziran,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen bersama Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul semalam.

Shahidan dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan Anthony Loke turut mendedahkan bahawa kerajaan juga membelanjakan sebanyak RM855,000 dan RM112,000 untuk bil elektrik dan air kediaman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Sri Satria sepanjang 2013.

Anthony Loke yang juga Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan turut mempertikaikan penggunaan Kompleks Seri Perdana untuk bermesyuarat sedangkan Najib sudah memiliki Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

"Penggunaan kediaman untuk melakukan mesyuarat adalah tidak wajar, mengapa perlu ada ruang pejabat di dalamnya. Tidakkah ini juga menggalakkan pembaziran?," soalnya dipetik Roketkini.

1 comment:

Anonymous said...

Banyaknya... dia flush air kolam renang macam dia flush tandas kot. Patutlah air di Lembah Kelang bermasalah.